Oleh pada 22 Jun 2019 kategori

dakwaan anak bercinta dengan pengarah filem terkenal ini respon kazar 1

Kredit foto: Instagram @kazar35 & Instagram @irakaza

     

Pelakon Kazar Saisi tampil menyuarakan komen berhubung kontroversi mengaitkan nama anaknya, Ira sejak beberapa hari lalu.

Nama Ira hangat diperkatakan apabila didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang pengarah filem popular berstatus suami orang.

Menjelaskan dirinya menjadi antara yang terakhir mengetahui gosip berkenaan, Kazar akui tidak tahu menahu mengenai penularan dakwaan yang diperkatakan.

"Saya tak tahu mengenai perkara itu. Selalunya saya akan jadi orang terakhir yang tahu jika ada apa-apa yang berlaku.

"Banyak benda yang saya tak tahu mengenai Ira. Memang kami duduk serumah tetapi kami tak pernah duduk bercerita.

"Malah kami jarang berjumpa sebab dia selalu duduk di dalam bilik sahaja," kata pemilik nama penuh Kazaruddin Saisi, 60, kepada portal Mstar.

Bagaimanapun, segelintir pihak yang meletakkan label 'curang' mencetuskan persoalan kepadanya kerana menganggap istilah itu kurang bersesuaian.

     

dakwaan anak bercinta dengan pengarah filem terkenal ini respon kazar 2

Kredit foto: Instagram @kazar35

      

"Cuba beritahu saya dia curang yang macam mana? Orang lelaki kan boleh kahwin empat... mana ada istilah curang?

"Melainkan kalau mereka pernah bersekedudukan, barulah saya anggap curang.

"Kalau setakat berkawan, ia tak kenalah..." katanya.

Namun, Kazar memilih untuk tidak terlalu mencampuri urusan peribadi membabitkan Ira memandangkan anaknya itu sudahpun meningkat dewasa.

"Saya pun tak boleh nak campur urusan mereka sebab Ira sendiri umur sudah lebih 21 tahun... sudah bukan dalam tanggungan. Saya dah tak larat lagi untuk nasihatkan dia. Dah buat macam-macam... sampai dah tak larat nak layan gosip-gosip tentang dia.

"Kalau masalah hati dan perasaan macam mana kita nak campur? Kita semua pernah bercinta, kita tahu masa bercinta semuanya manis. Orang lain dah tak boleh nak campur. Saya tak mahu cakap lebih-lebih nanti jadi fitnah," katanya.

Sebelum ini, netizen pernah mengkritik Ira kerana video yang memaparkan aksinya menari dengan gaya yang disifatkan keterlaluan.

Selain itu, dia turut dihimpit kontroversi gambar mencium pipi seorang jejaka.

    

Sumber berita: Mstar



Hakcipta iluminasi.com (2017)