Oleh pada 26 Jun 2017 kategori

respon shaheizy sam dan syatilla nama anak dipertikai jadi bahan ejekan 1

Kredit foto: sensasiselalu.blogspot.my 

Gara-gara keunikan nama anak pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, para peminat mereka bertelagah di laman Instagram.

Anak sulung yang diberi nama Syeriv Samheizy itu menjadi pertikaian sesetengah pihak, malah ada yang mengejek dan mencaci namanya. 

Bagaimanapun Syatilla mempunyai pandangan yang berbeza berhubung isu tersebut.

Dia menganggap para pengikutnya hanya berjenaka, tambahan pula dirinya tidak mengambil serius akan kontroversi berkenaan.

Ini luahan Syatilla. 

respon shaheizy sam dan syatilla nama anak dipertikai jadi bahan ejekan 2

Kredit foto: Instagram Shaheizy Sam

Saya dan suami menganggap perbuatan mereka itu lucu. Kenapa mereka perlu bertelagah pendapat mengenai nama anak kami? Sebagai ibu bapa kandung, kami ada hak untuk menamakan anak kami dengan nama apa pun yang kami mahu. Sebenarnya, nama Syeriv itu sama dengan ejaan Syerif tetapi kami mengubah sedikit ejaannya dengan menukar huruf F kepada V supaya ada kelainan.

Sumber: Harian Metro

Malah, Syatilla turut mendedahkan makna sebenar di sebalik keunikan nama anaknya, yang bermaksud ‘Yang Mulia'.

Mengulas respon suaminya pula, aktres itu memberitahu Sam tidak mengambil peduli akan hal berkenaan kerana jarang meluangkan masa membaca komen para pengikutnya. 


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)