Oleh pada 01 Apr 2019 kategori

selepas luah anak dibawa lari suami ini pula kenyataan terkini adira 1

Kredit foto: Instagram Adira

Persoalan kepada kenyataan Datuk Seri Adnan Abu yang mendakwa wujud individu cuba meruntuhkan rumah tangganya dengan Adira terjawab oleh penyanyi Pujaan Hati itu sendiri kepada portal Mstar Online.

Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi, 28, menafikan tuduhan berkenaan dengan menegaskan kemelut hubungannya dengan Adnan atau Datuk Red tidak membabitkan pihak lain.

"Sepatutnya tiada sesiapa perlu terkait dengan hal berkaitan perkahwinan kami kerana yang menjalani kehidupan berumah tangga itu adalah saya dan suami.

"Jadi saya mohon agar tiada sesiapa membuat sebarang spekulasi liar menyalahkan peminat saya dengan menggelar mereka sebagai obses dengan kehidupan peribadi saya," katanya.

selepas luah anak dibawa lari suami ini pula kenyataan terkini adira 2 230

Kredit foto: Instagram Adira

Terdahulu, penyanyi wanita itu menulis keterangan Instagram mengenai seorang individu dipercayai Datuk Red yang didakwa telah 'membawa lari' anaknya tanpa kebenaran.

Susulan itu, Adira yang baru selesai melawat majlis pengebumian bapanya di Sabah, pulang segera ke ibu kota selepas mendapat khabar anak-anaknya dibawa ke lokasi lain.

Bagaimanapun, Datuk Red dalam kenyataan balas menjelaskan dia tidak menganggap ia sebagai satu isu memandangkan beliau adalah bapa dan penjaga kepada kanak-kanak terbabit.

Malah, mereka anak-beranak hanya berkunjung dalam pertemuan dengan adik-beradik isteri pertamanya, Datin Red.

Dalam pada itu, Adira tidak menafikan entri laman sosial itu ditujukan kepada suami.

Beliau bagaimanapun berkata, status yang dimuatnaik ketika sedang bersedih dengan pemergian bapanya.

Tidak mahu mengulas lanjut situasi sebenar yang mengakibatkan dia tampil dengan luahan sedemikian, Adira mendakwa isu itu telahpun diselesaikan.

“Rasanya saya tidak perlu dedahkan apa-apa... Yang lepas itu lepas dan biar saya dan suami sahaja tahu apa sebenarnya telah berlaku tambahan pula perkara itu sudah pun selesai.

“Biasalah hidup berumah tangga ada turun naik, doakan yang baik-baik sahaja buat kisah cinta kami,” katanya.

Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga di Songhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebelum beroleh dua cahaya mata iaitu Anggerik, 2 tahun dan Assan, 7 bulan. Beliau kini hamil anak ketiga.


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)