Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof

   

Siapa Syamsul Yusof? Beliau merupakan seorang pengarah yang cukup dikenali menerusi karya popularnya, filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan dan Munafik 2.

Baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan dengan pengakuannya yang telah melangsungkan pernikahan buat kali kedua dengan Instafamous, Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa wanita itu, pelakon veteran Kazar Saisi.

Sebelum itu, kemelut perkahwinannya dengan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana mula dihidu sejak empat tahun lalu, namun anak kepada Datuk Yusof Haslam ini mengunci mulut daripada bersuara mengenainya.

Bagaimanapun, selepas pengakuan Syamsul itu, konflik rumah tangganya termasuk kehadiran Ira Kazar sebagai isteri keduanya semakin tegang dengan celoteh warga siber di alam maya.

ira kazar 863

Kami kongsikan 10 fakta mengenai Syamsul yang tidak diketahui ramai.

10 Fakta Pengarah Syamsul Yusof Yang Ramai Tak Tahu!

ira kaza 51

1. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Selayang Baru, Selangor.

   

syamsul yusof ira

2. Dalam industri perfileman, dia hanya bermula dengan peranan kecil sebagai seorang kanak-kanak yang memegang bunga manggar dalam filem Maria Mariana 2 pada tahun 1998.

syamsul yusof 311

3. Dia merupakan pengarah termuda yang memenangi anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 untuk kategori Pengarah Terbaik, menjulangnya pada usia 25 tahun. Sepanjang pembabitan dalam seni perfileman sehingga hari ini dia telah menerima enam anugerah dalam kategori ini di Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin dan Anugerah PROFIMA.

   

kazar saisi 114

4. Filem-filem arahan Syamsul berjaya mencatat kutipan box office apabila mengumpul kutipan RM97 juta untuk Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan, Munafik 2 (RM37 juta), Munafik (RM17 juta) dan KL Gangster (RM11 juta). Lagi filem yang menampilkannya sebagai sutradara ialah Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift 2, Khurafat: Perjanjian Syaitan, Aku Bukan Tomboy, Jalan Kembali: Bohsia 2, KL Gangster 2 dan Munafik.

   

kazar 771

5. Filem The Original Gangster terbitan sulungnya Syamsul Yusof Films dan Razor's Edge Pictures, merupakan usaha pengarahannya yang akan datang.

   

ira kazar syamsul 506

6. Mempunyai kerjaya sebagai selebriti serba boleh, selain mengarah, dia juga mengimbanginya sebagai seorang pelakon, penulis skrip, penulis lagu, penyanyi dan juga penerbit.

   

syamsul yusof kahwin

7. Di platform perkongsian foto Instagram (IG), pengikut terkininya telahpun mencapai seramai 1.8 juta.

8. Pada November 2022, dia membuat penafian berhubung kewujudan akaun TikTok dan Facebook yang dianggap miliknya kerana hanya mempunyai akaun Instagram. Dia berharap peminat tidak terpedaya dengan profil ciptaan pihak tidak bertanggungjawab.

   

puteri sarah liyana 23

9. Berkahwin pada 8 Mac 2014 dengan pelakon Puteri Sarah Liyana dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

10. Pada 6 Januari 2023, Syamsul menikahi personaliti media sosial, Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, di Thailand dengan menggunakan khidmat wali, bapa Ira iaitu pelakon veteran Kazar Saisi.

   

syamsul 671

puteri sarah 547

Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof

Untuk biodata asas Syamsul, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pengarah Syamsul Yusof

    

Baca: 7 Foto Keluarga, Ibu Bapa, Adik-Beradik Puteri Sarah Liyana Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Pelakon Puteri Sarah Liyana Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Ira Kazar, Anak Pelakon Kazar Saisi

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Kazar Saisi, Bapa Ira Kazar

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Puteri Sarah Liyana

   

Kredit video: KERUSI DJ NAZZ BERSAMA SYAMSUL YUSOF| MOLEK FM




Hakcipta iluminasi.com (2017)