Kredit foto: Instagram Kazar Saisi

Siapa Kazar Saisi? Kazar Saisi adalah nama popular bagi Kazaruddin Saisi, selebriti Malaysia yang terkenal dengan single hitnya yang berjudul "Memburu Impian". Lagu ini menjadi lagu tema dalam filem "Gila-Gila Remaja" dan membantu memperkenalkan nama beliau. Selain berkarya dalam dunia nyanyian, Kazar juga terkenal sebagai pelakon, menambahkan sisi bakat pada seorang anak jati dari Kampung Jeram, Perak ini.

     

Biodata

Nama penuh: Kazaruddin bin Saisi

Nama komersial: Kazar, Kazar Saisi

Umur: 64 tahun (2023)

Tarikh lahir: 28 April 1959

Tempat lahir / Asal: Kampung Jeram, Perak

Keluarga: Lapan orang adik beradik

Kerjaya: Pelakon, Penyanyi

Instagram (IG): @kazar35

Latar Belakang

1. Kazar adalah anak dari pasangan Arwah Saisi (bapa), mantan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bidor dan Arwah Halimah Hj Mohd Hassan (ibu).

2. Adik beradik Kazar terdiri daripada, Sabariah, Sabaruddin (arwah), Salihuddin, Azammuddin, Norhayati, Nordin dan Kamarulzaman.

3. Dia membintangi beberapa siri televisyen, telefilem, dan filem. Antara drama dan telefilem yang paling terkenal lakonannya adalah Chempiang, Tentang Bulan the Series, Abang Bomba I Love You, Adam Chempaka, Kampong Pisang Bersiri-siri, 7 Hari Mencintaiku 3, Sutun, Momok 3 dan Rock Sangkut, serta beberapa filem layar lebar seperti 9 September, Jangan Tegur, 18 Puasa Di Kampong Pisang, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Abang Long Fadil 3 dan banyak lagi.

4. Dia juga menghasilkan dua album studio, iaitu Ani pada tahun 1984 dan Kerana Urusan pada tahun 1985. Beberapa lagu yang dikenali dan menjadi siulan ramai adalah Kali Pertama Kasih Ku Bersemi, Memburu Impian, Tiap Waktu Terluang, Tidak Kesampaian, Bunga Kasih dan Tunangku Kekasih Orang.

Fakta Menarik

1. Nama Kazar diperkenalkan kepada dunia hiburan Malaysia pada tahun 1984.

2. Kerjayanya mendapat penghargaan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV pada Anugerah Lawak Warna 2014 dan Anugerah Sri Angkasa 2016.

3. Jumlah pengikutnya di media sosial Instagram (IG) melebihi 511,000.

4. Kazar berkahwin dengan pasangannya, Rashidah Latiff dan memiliki lima anak — Melor Hariante, Yasmin Mariante, Elya Amirul Naim, Faghirah Fatini Kazaruddin (Ira Kazar) dan Adam Amirul Latiff.

     

Baca: 7 Foto Keluarga, Ibu Bapa, Adik-Beradik Puteri Sarah Liyana Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Pengarah Syamsul Yusof Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Pelakon Puteri Sarah Liyana Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Ira Kazar, Anak Pelakon Kazar Saisi

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Puteri Sarah Liyana, Isteri Pengarah Syamsul Yusof

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pengarah Syamsul Yusof

Gambar

kazar ira

kazar saisi muda

kazar 742

kazar saisi

ira kaza 183

ira kazar 530

ira kazar syamsul 169

puteri sarah liyana 305

puteri sarah 935

syamsul yusof 439

Kredit foto: Instagram Kazar Saisi

Video

Kredit video: Anugerah Era 2007 - Memburu Impian - Kristal feat Kazar




Hakcipta iluminasi.com (2017)