Oleh pada 20 Aug 2017 kategori

ciri baru whatsapp ini mungkin buat anda makin boros

Kredit foto: Getty

Berita baik kepada pengguna Whatsapp, tidak lama lagi aplikasi kegemaran anda akan mempunyai ciri terbaru. Iaitu "Whatsapp Payment". Iaitu cara mudah untuk membuat penghantaran wang anda ke pengguna Whatsapp yang lain.

Aplikasi yang dimiliki oleh syarikat Facebook itu dipercayai sedang dalam versi BETA (dalam percubaan) mungkin bakal dilancarkan di United Kingdom dalam masa terdekat ini.

Aplikasi Whatsapp yang kini mempunyai lebih daripada 1 bilion pengguna aktif setiap hari pasti akan memonopoli pasaran sistem transaksi atas talian. Menurut laman web 'WABetaInfo' yang telah mendedahkan 'screenshot'  asal, versi BETA fungsi pembayaran ini, hanya untuk pengguna di India buat masa ini.

ciri baru whatsapp ini mungkin buat anda makin boros 1

Ciri WhatsApp Payments yang mungkin bakal muncul tidak lama lagi (Imej: WABetaInfo.com

Penghantaran pembayaran atas talian sudah dijalankan untuk aplikasi Facebook Messenger, tetapi dengan menambahkan fungsi ini ke WhatsApp pasti penggunaannya akan jadi lebih meluas.

Antara situasi yang mungkin menyebabkan sistem pembayaran ini digunakan dengan meluas adalah seperti pembayaran tambang teksi, minum di kedai mamak, ataupun ketika membeli sayur di pasar. Anda tidak perlu lagi membawa dompet anda keluar rumah dan anda hanya memerlukan smartphone anda sahaja.

Selain itu, ia juga dijangkakan boleh mengurangkan kadar penipuan atas talian yang memancing pengguna ke laman web perbankan palsu lalu memasukkan maklumat login pengguna ke laman itu (phishing).

gambar scammer penipu malaysia

Masalah yang mungkin muncul

Walaupun ianya dapat mengurangkan kes-kes penipuan perbankan, namun masih dikhuatiri sistem pembayaran melalui Whatsapp ini menjadi 'landasan' kepada penipu-penipu yang bergiat cergas di Malaysia.

Penipu-penipu (scammer) atas talian ini mungkin akan berseronok di atas kemudahan sistem ini kerana ianya lebih transparent daripada sistem perbankan atas talian. Ditambah pula untuk mendapatkan maklumat pengguna perlu melalui staff sokongan Whatsapp/Facebook. 

Adakah pihak berkuasa kita boleh mendapatkan maklumat melalui mereka secara terus? Ataupun untuk mengaktifkan sistem ini memerlukan pengesahan pengenalan diri? Masih belum diketahui. Sama-samalah kita nantikan.


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)