Baru-baru ini penulis berkongsi cara menyemak sent item Whatsapp dengan rakan-rakan. Apa yang mengejutkan penulis, ramai dikalangan rakan penulis tidak tahu menahu tentang simpanan sent item ini. Jadi rasanya amatlah bermanfaat untuk dikongsikan caranya pada laman iluminasi.com ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Untuk pengetahuan pembaca, simpanan sent item ini tidak akan hilang walaupun selepas anda uninstall aplikasi Whatsapp anda. Jadi hal ini amatlah merbahaya dalam situasi tertentu. Ditambah bagi mereka yang beragama Islam, perkongsian sesama suami isteri boleh dilihat oleh pihak lain sekiranya telefon pintar itu terlepas ke tangan orang lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Cara-cara semak kembali simpanan "sent item" anda

1. Buka aplikasi seperti aplikasi File Manager dalam telefon anda. Aplikasi ini tidak sama untuk semua phone. Ada sesetengah telefon perlu menggunakan aplikasi bernama File Browser. Jadi anda carilah apa jua aplikasi berkaitan yang membolehkan anda melihat file dan folder dalam storan telefon anda.

screenshot 2017 04 09 15 53 55 1

2. Pilih device storage dan cari folder bernama Whatsapp.

3. Didalam folder Whatsapp ini anda akan terjumpa satu lagi folder bernama Media. Di dalam folder ini pula ada folder pembahagi seperti video, image, voice dan lain-lain. Di setiap folder ini anda akan jumpa folder bernama Sent

screenshot 2017 04 09 15 53 44 1

4. Pada folder Sent inilah letaknya file-file lama yang boleh anda papar kembali dan kebanyakan pengguna akan terkejut kerana masih ada file yang sudah terlalu lama untuk diingati. Anda boleh terus delete folder Sent ini atau biarkan saja sekiranya tiada file yang boleh memudaratkan anda.

Tips berguna yang lain

Sekiranya telefon pintar anda rosak, sebaiknya elakkan hantar baiki pada orang yang tidak anda kenali. Carilah rakan-rakan anda yang mahir membaiki telefon pintar ataupun hantar kepada kedai yang boleh dipercayai. Dikhuatiri ada peniaga yang mencuri gambar-gambar anda dari folder "sent item" Whatsapp ini.

Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat, diharap anda dapat membantu kami untuk menyebarkan manfaat ini kepada semua.




Hakcipta iluminasi.com (2017)