Aplikasi mesej Whatsapp sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bahkan, menurut laporan The Digital News Report pada tahun lepas, rakyat Malaysia merupakan pengguna Whatsapp yang paling banyak dalam dunia. Mana tidaknya, daripada aplikasi perbualan group keluarga sehinggalah ke urusan jual beli, semuanya dilakukan menerusi Whatsapp.

Sekiranya anda merupakan pemilik atau pengusaha perusahan kecil dan sederhana (SME), aplikasi terkini Whatsapp Business sangat berguna dan sesuai untuk kegunaan anda. Tetapi, apa bezanya Whatsapp Business dan Whatsapp yang anda sedang guna sekarang ini?

Whatsapp Business : Aplikasi khas buat peniaga

Menurut FAQ dari laman rasmi Whatsapp, aplikasi ini direka khas buat penguasaha kecil dan sederhana. Para peniaga boleh memuat turun secara percuma di Google Playstore dan boleh terus guna tanpa sebarang yuran ataupun langganan. Buat masa sekarang, aplikasi ini hanya boleh digunakan oleh pengguna android sahaja. Itupun, hanya pengguna android versi 4.0.3 ke atas yang boleh muat turun. Anda juga boleh menggunakan aplikasi ini menerusi Whatsapp Web. 

Whatsapp Business, seperti namanya, mempunyai ciri-ciri seperti waktu beroperasi, verification account ( untuk elakkan pengguna daripada tertipu), laman web, alamat, dan ruangan informasi ringkas mengenai perniagaan anda.

whatsapp business iluminasi punya 1

Menurut Whatsapp lagi, versi yang akan datang akan mempunyai simbol verification berdekatan nama perniagaan anda dan pelbagai lagi ciri penambahbaikan dan keselamatan akan ditambah.

Aplikasi ini juga membolehkan anda untuk balas pertanyaan FAQ pelanggan secara automatik. Tidak perlu lagi taip ‘Selamat datang, terima kasih, maaf kami tidak beroperasi hari ini... etc etc’ berulang-ulang kali. Jadi, urusan jual-beli akan lebih sistematik dan terurus. Barulah cepat dapat untung.

whatsapp business iluminasi punya 2

conversation contoh

whatsapp business iluminasi punya 3

Anda juga boleh lihat statistik mesej perbualan dan urusan jual beli dengan lebih sistematik. Memang sangat sesuailah untuk peniaga!

Selain itu, ciri-ciri Whatsapp biasa seperti call, video call, live location dan chat masih boleh digunakan, tetapi anda tidak boleh menggunakan nombor telefon yang sama untuk aplikasi Whatsapp dan Whatsapp Business ( tetapi boleh ada kedua-dua Whatsapp ini dalam satu telefon). Menurut sumber lagi, anda juga boleh membuka akaun Whatsapp Business dengan menggunakan nombor telefon pejabat.

whatsapp business iluminasi punya 4

Pelanggan tidak perlu memuat turun Whatsapp Business untuk urusan jual beli. Sebarang pertanyaan ataupun urusan boleh dilakukan menggunakan Whatsapp biasa. Buat peniaga yang menggunakan iOS pula, harap bersabar. Anda masih perlu menunggu pengumuman rasmi daripada Apple dan Appstore. 

Sumber:

  1. NST
  2. Whatsapp
  3. Whatsapp FAQ
  4. Google Playstore

tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)