WhatsApp ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Brian Acton dan Jan Koum sebagai alternatif kepada perkhidmatan SMS yang mahal.

Aplikasi ini membolehkan pengguna memuat naik nombor telefon kenalan dan mesej sesiapa sahaja yang mempunyai aplikasi ini, tanpa sebarang kos.

Ia tersedia untuk iPhone, Android, Blackberry, Telefon Windows, telefon Nokia dan komputer.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Facebook Inc. (FB) membeli WhatsApp pada Februari 2014 dengan harga $19 bilion (RM77.6 bilion) dan menurut syarikat itu, Whatsapp menjana pendapatan sekitar $1.29 juta (RM5.27 juta) untuk tempoh 9 bulan sehingga 30 September 2014.

Pada 30 April 2018, pengasas bersama WhatsApp dan pengarah Facebook Inc., Jan Koum mengumumkan pengundurannya dari Facebook.

jan koum dan brian acton pengasas aplikasi whatsapp

(Jan Koum dan Brian Acton, pengasas bersama aplikasi Whatsapp)

Laporan media menunjukkan bahawa Jan Koum memutuskan untuk meninggalkan syarikat itu selepas perselisihan faham dengan Facebook melalui penggunaan data pengguna dan hasratnya untuk membenarkan iklan di WhatsApp.

Jan Koum, bersama seorang lagi pengasas Whatsapp, Brian Acton, telah lama menyokong privasi pengguna Whatsapp. 

Pada Februari 2018, WhatsApp mempunyai 1.5 bilion pengguna dan merupakan harta kedua terbesar milik Facebook.

Ia telah melepasi Facebook Messenger dan Instagram, yang merupakan harta ketiga dan keempat paling bernilai.

Jadi bagaimana WhatsApp menjana pendapatannya?

Bayaran muat turun Whatsapp

muat turun whatsapp dengan caj

Jawapan ringkas untuk soalan ini adalah pada satu ketika dahulu, caj $1 dikenakan. Bagi sesetengah negara, aplikasi ini satu ketika dahulu dikenakan bayaran $1 untuk dimuat turun.

Bagi negara lain, ia adalah percuma untuk tahun pertama, tetapi setiap tahun berikutnya dikenakan caj $1. Dalam kata lain, Whatsapp mempunyai model langganan.

Di kemuncak model ini, Whatsapp mempunyai sekitar 700 juta pengguna di seluruh dunia, pendapatan tahunan boleh dianggarkan kira-kira $700 juta (RM2.86 bilion) setahun pada ketika itu.

Pada Januari 2016, Facebook mendedahkan bahawa disebabkan oleh WhatsApp di-monetize dalam "cara yang sangat terhad," ia mungkin tidak dapat menjana pendapatan yang efisyen dalam jangka panjang, dengan ini memberikan isyarat bahawa strategi itu akan berubah.

cara whatsapp jana pendapatan

Tidak lama selepas WhatsApp mengumumkan bahawa era langguna tersebut telah berakhir, aplikasi mesej ini kini boleh digunakan secara percuma. 

Walau bagaimanapun, masih tiada iklan dalam aplikasi ini. 

Walaupun penyata kewangan WhatsApp tidak dikeluarkan, Forbes menganggarkan jumlah pendapatan adalah sekitar $5 bilion (RM20.4 bilion) dan pendapatan purata dari setiap pengguna akan menjadi $4 (RM16.30) menjelang 2020.

Sehingga Februari 2018, WhatsApp mempunyai lebih 1.5 bilion pengguna dan mengendalikan 60 bilion mesej yang dihantar sehari, kata CEO Facebook Mark Zuckerberg dalam satu panggilan persidangan Q4 2017.

Aplikasi SMS lain

cara wechat jana pendapatan

Di luar Amerika, di mana menghantar mesej teks agak mahal, aplikasi SMS adalah popular dan telah berjaya di-monetize.

WeChat, aplikasi SMS Cina yang popular mempunyai iklan serta permainan dalam talian.

Syarikat ini bertanggungjawab ke atas Tencent, yang memiliki WeChat, dengan pendapatan $6 bilion (RM24.5 bilion) pada suku ketiga 2016.

Aplikasi ini mempunyai lebih daripada 846 juta pengguna aktif.

Penjanaan pendapatan tidak penting bagi Whatsapp

cara whatsapp jana pendapatan 6

WhatsApp menambah sekitar sejuta pengguna setiap hari, kebanyakannya di Amerika Latin, India, dan Eropah.

Orang-orang dalam industri ini telah membuat spekulasi bahawa sebab rasional di sebalik pembelian WhatsApp adalah untuk Facebook mengakses data tingkah laku pengguna dan maklumat peribadi.

Dengan data perkongsian lokasi, 60 bilion mesej dihantar sehari dan akses kepada keseluruhan senarai kenalan pengguna, Facebook mempunyai akses kepada maklumat peribadi yang tersangat banyak, dan semua ini dimuat naik serta disimpan dalam pelayannya.

Walaupun Mark Zuckerberg sebelum ini berjanji bahawa data ini tidak akan digunakan untuk meningkatkan pensasaran pengguna dalam iklan Facebook, ia tetap akan digunakan sedemikian kecuali pengguna menukar tetapan untuk tidak berkongsi maklumat dengan Facebook.

Kesimpulan

kaedah whatsapp jana pendapatan

Dengan ini, kita tahu bahawa Whatsapp ketika ini tidak menjana apa-apa pendapatan, dan ini bukanlah tujuan pembeliannya oleh Facebook.

Ia lebih kepada menyediakan maklumat lebih 1.5 bilion pengguna kepada Facebook yang digunakan dengan tujuan tertentu.

Rujukan:

1. Feed Dough

2. iD Tech

3. Investopedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)