Pada 1 dan 2 mei yang lalu, Facebook telah mengadakan konvensyen tahunannya yang dikenali sebagai Facebook Developer Conference F8, dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya, tujuan konvensyen ini adalah untuk mempamerkan serta memperkenalkan teknologi baru yang bakal digunakan pada masa hadapan.

Pelbagai pembaharuan dan update yang telah diperkenalkan selama 2 hari konvensyen ini berlangsung, namun terdapat beberapa fungsi baru aplikasi kegemaran rakyat Malaysia, Whatsapp dan Facebook yang telah berjaya mencuri perhatian kami.

Fungsi group video call Whatsapp

group video call di whatsapp

Sejak ciri video call diperkenalkan kepada pengguna Whatsapp, setiap hari pengguna-pengguna setia Whatsapp meluangkan sebanyak 2 billion minit untuk membuat panggilan video.

Tetapi fungsi video call Whatsapp selama ini hanya terhad kepada dua kenalan sahaja. Oleh itu, kebanyakan pengguna akan menggunakan aplikasi lain seperti Google Hangouts atau Skype untuk membuat panggilan video secara berkumpulan.

Berita baik buat anda, Mark Zuckerberg serta Pengarah Whatsapp, Mubarik Imam akhirnya memperkenalkan beberapa ciri baharu untuk menjadikan Whatsapp lebih digemari pengguna, salah satunya ialah fungsi panggilan video berkumpulan.

Walaupun masih terdapat banyak lagi butiran yang belum didedahkan, namun berdasarkan gambar yang dikongsikan pada konvensyen F8, panggilan video berkumpulan Whatsapp membolehkan panggilan video seramai 4 orang dan ianya hanya boleh digunakan menerusi telefon pintar.

Mungkin group video call di Whatsapp Web akan diperkenalkan pada konvensyen yang akan datang. Selain itu, anda juga boleh menghantar stickers kepada kenalan anda menerusi Whatsapp, sama seperti di Facebook Messenger dan di  Facetime.

Panggilan video Instagram

video call di instagram diperkenalkan

Facebook juga dijangka akan memperkenalkan fungsi panggilan video di Instagram. Untuk memulakan video call, para instagrammers hanya perlu sentuh ikon kamera dibahagian atas Direct message. Pengguna juga boleh mengecilkan skrin video sambil menggunakan instagram untuk kegunaan peribadi anda.

Selain itu, Facebook juga akan memperkenalkan fungsi baru agar penggunanya boleh berkongsi apa sahaja yang mereka gemar di aplikasi lain seperti Spotify dan GoPro, kepada Instagram Stories dan Facebook Stories.

stories boleh dikongsi menerusi aplikasi kegemaran yang lain

Mencari Jodoh di Facebook

mencari jodoh di facebook

Facebook juga dijangka akan memperkenalkan ciri baru yang tujuan utamanya ialah untuk mencari jodoh. Semua orang menggunakan Facebook untuk berkenalan, bersosial dan berjual beli, namun menerusi ciri khas 'dating' ini, pengguna akan dibenarkan untuk membuat profil baru yang akan diasingkan daripada profil utama untuk membolehkan anda berkenalan dengan calon-calon bakal jodoh anda.

Facebook akan menggunakan kepintaran teknologinya untuk mencadangkan calon yang sesuai untuk anda berdasarkan minat, atau kawan mutual anda. Yang lebih penting, segala aktiviti yang anda lakukan menerusi fungsi dating ini tidak akan didedahkan kepada kenalan Facebook anda.

Sumber:

  1. Newsroom FB
  2. Astro Awani
  3. The Hacker News

tags : , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)