Pertama sekali, penulis ingin mengakui - menyertai bilik Whatsapp melibatkan organisasi pejabat merupakan sesuatu yang penulis tak berapa gemar.

Ini kerana apabila kita menyertai ruangan itu, secara tak langsung kita ada hubungan 24 jam tanpa henti dengan supervisor atau orang atasan kita. Malangnya, dalam era komunikasi ni aplikasi Whatsapp sudah menjadi satu keperluan. Umum ada mesyuarat ikut Whatsapp, nak umum kena overtime ikut Whatsapp; boleh kata majoriti notis pejabat di hantar melalui Whatsapp.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kadang-kadang ada juga rasa nak keluar saja daripada Whatsapp pejabat ni. Bagaimanapun, anda tahu tak - sekiranya majikan anda mewajibkan anda menggunakan Whatsapp dan anda sendiri kick diri anda keluar kerana malas nak layan; anda boleh dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah. Inilah yang berlaku pada seorang wanita bernama Thilagavathy A/P Arunasalam.

Malasnya nak berWhatsapp dengan boss!

bos marah

Thilagavathy atau penulis pendekkan jadi Thila sajalah, adalah seorang pekerja di bawah syarikat Maxis Mobile Sdn. Bhd. Beliau bekerja sebagai seorang eksekutif, bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan dan jualan.

Whatsapp menjadi satu aplikasi yang memudahkan komunikasi, jadi divisyen atau bahagian Thila pun mewajibkan beliau masuk ke dalam sebuah bilik Whatsapp yang dikhaskan untuk semua pekerja. Ruangan itu dibuka oleh pengurus beliau sendiri.

Oleh kerana Whatsapp sudah menjadi satu bentuk komunikasi rasmi di Maxis, wujud peraturan sekiranya mana-mana pekerja mahu keluar daripada kumpulan Whatsapp - mereka diwajibkan untuk memberikan notis kepada pengurus bahagian mereka. Malangnya, atas sebab tidak tahu seperti yang dinyatakan di mahkamah, Thila pun menendang dirinya sendiri keluar.

Perbuatan ini mengakibatkan dia diberikan amaran oleh pihak pengurusan agar tidak keluar sewenang-wenangnya namun Thila sekali lagi memberanikan diri keluar daripada kumpulan Whatsapp pejabatnya, semasa cuti.

Apa yang lebih memburukkan keadaan, prestasi Thila ketika itu pun kurang memuaskan kerana gagal menyelesaikan beberapa tugasan. Atas sebab itu dan dah dua kali keluar kumpulan Whatsapp - Thila diberhentikan daripada terus berkhidmat dengan Maxis.

Ini membuatkan Thila bengang, kerana pada dia pemecatan itu tidak adil.

Ke Mahkamah bagi mendapatkan pengadilan

bergaduh pekerja

Thila ke mahkamah dan memfailkan kes, kerana merasakan haknya sebagai pekerja yang sah tidak dilindungi. Seandainya penulis jadi Thila pun, kalau penulis dipecat kerana keluar Whatsapp - memang berapi jugalah perasaan ni.

Tiba di mahkamah dan melalui perbicaraan pertama, Thila yang hati tengah panas ni terasa macam kena ketuk dengan tukul kepalanya. Mahkamah boleh pula mempertahankan apa yang dilakukan oleh Maxis.

Thila telah dibuktikan tahu yang Whatsapp merupakan medium komunikasi rasmi yang digunakan di kalangan pekerja Maxis serta tahu dia perlu mendapat kebenaran pengurusnya sebelum keluar kumpulan. Tindakan Thila menendang dirinya sendiri dianggap sebagai satu bentuk pelanggaran perjanjian yang telah dipersetujuinya dengan Maxis, semasa menandatangani kontrak.

Selain daripada kesalahan yang kecil itu, mahkamah juga mendapati rekod perkhidmatan Thila bersama Maxis kurang memuaskan.

Hak majikan pada pekerja

dipecat majikan kerana whatsapp group

Dalam perbicaraan yang dijalankan, mahkamah merujuk kepada beberapa kes yang pernah berlaku melibatkan beberapa individu yang bertindak menyaman majikan mereka.

Salah sebuah kes yang pernah berlaku adalah pada tahun 2008, melibatkan seorang pekerja bernama Zainuddin Kassim dan majikannya, Johan Ceramic Berhad. Kes itu dengan jelas mengatakan sebarang kontrak yang telah ditandatangani di antara majikan dengan pekerja memberikan hak kepada majikan untuk meminta pekerja melakukan arahan yang berkaitan. Majikan diberikan kuasa bersifat dominan dan pekerja pula tidak diberikan kebebasan daripada kuasa majikan.

Berdasarkan kes ini, mahkamah menerangkan bahawa Thila sepatutnya tidak keluar daripada kumpulan Whatsapp kerana Maxis mempunyai hak memaksa atau mewajibkan dia kekal di dalamnya.

Dengan merujuk kepada keputusan mahkamah yang telah diputuskan, Thila didapati tidak mempunyai hak untuk mencabar Maxis dalam urusan pemecatannya. Mahkamah juga mendapati pemecatan Thila oleh pihak Maxis telah dilakukan dengan adil dan saksama, kerana Thila telah pun diberikan amaran serta pemberitahuan yang cukup, berkenaan tindak-tanduknya serta prestasinya sebelum dipecat.

hakim gelak

Kegagalan menyiapkan kerja serta tidak mengendahkan amaran jangan keluar 'group Whatsapp' menjadi punca utama mengapa mahkamah merasakan tuntutan yang sedang dibuat oleh Thila terhadap Maxis - tidak munasabah.

Thila dipecat pada 1 April 2015 dan memfailkan samannya pada 6 Januari 2016. Selepas proses pertukaran mahkamah dilakukan yang memanjangkan tempoh kes dibicarakan, keputusan sebulat suara mahkamah itu diumumkan 27 Mac 2019. H

Thila musnah sama sekali dan pemecatannya kekal.Apa yang penulis ingin ingatkan pada anda semua - jangan sama sekali keluar Whatsapp group pejabat anda.

Rujukan

Dokumen Mahkamah (PDF)

Donovan & Ho




Hakcipta iluminasi.com (2017)