Perang sentiasa mengeluarkan apa yang terbaik dan terburuk dalam kemanusiaan.
Perang Dunia II, konflik terbesar yang pernah berlaku di atas muka bumi telah menyaksikan tindakan yang hebat dari kedua-dua kejahatan dan keberanian, kadang-kadang dari pihak yang tidak dijangka.
Chiune Sugihara adalah seorang diplomat Jepun yang ditempatkan di Lithuania sebagai konsul ketika perang berlaku. Sugihara telah dipilih dengan baik untuk berkhidmat untuk jawatan ini kerana beliau fasih dalam berbahasa Rusia.
BESARKAN TEKS A- A+
Malah, kedudukan terdahulunya sebagai Menteri Luar Negeri di Manchuria melihatkan beliau telah membantu rundingan pembelian kereta api Manchuria dari Rusia, namun belau telah meletak jawatan dari jawatan ini sebagai protes tindakan kerajaannya terhadap orang Cina.
Chiune Sugihara dihantar sebagai pengumpul maklumat
Apabila perang mula dirasai di Eropah, kerajaan Jepun memutuskan bahawa mereka memerlukan seseorang yang boleh mengumpulkan maklumat mengenai pergerakan pasukan Jerman dan Soviet.
Jadi, mereka menghantar Sugihara ke lokasi yang strategik di Baltik, iaitu di Kaunas, Lithuania yang mana beliau bakal berada di barisan hadapan perang.
Perang meletus tidak lama selepas Chiune Suhigara tiba di Kaunas, bersama isteri dan anak-anaknya. Pencerobohan Hitler terhadap Poland telah menimbulkan konflik yang akan memberikan kesan kepada seluruh dunia.
Walaupun Lithuania masih belum terjejas oleh kengeriannya perang ini, aliran kemasukan pelarian Yahudi yang melarikan diri dari tanah Poland setelah Jerman menceroboh, membawa bersama mereka beberapa cerita yang mengerikan.
Sugihara dan keluarganya menyaksikan sendiri kesan perang secara langsung ketika Kesatuan Soviet membuat perjanjian dengan Jerman dan membenarkan pasukan Rusia untuk menduduki negara tempat di mana mereka ditempatkan.
Pendudukan oleh Komunis mengakibatkan kesan kemusnahan pemusnahan yang sama diikuti dengan pengumpulan sumber makanan, penangkapan besar-besaran, dan pengusiran.
Konsul Sugihara tiba-tiba menyedari bahawa dirinya berada dalam kedudukan yang unik untuk dapat membantu keluarga Yahudi yang kini terperangkap di antara Hitler dan Stalin.
Mula membantu pelarian
Sebagai seorang diplomat, dia dapat mengeluarkan visa meninggalkan negara, yang memberikan perbezaan di antara kehidupan di dunia baru atau kematian di dunia lama bagi pelarian-pelarian Yahudi ini.
Bersama dengan konsul Belanda iaituJan Zwartendijk (satu-satunya konsul yang tinggal di Kaunas setelah Soviet memerintahkan semua diplomat asing untuk keluar), Sugihara datang dengan rancangan berpotensi yang dapat menyelamatkan beratus-ratus nyawa.
Rancangan tersebut adalah mengeluarkan visa transit Jepun, membolehkan pelarian melakukan perjalanan ke timur merentasi Kesatuan Soviet ke Jepun, dan Zwartendijk akan memberikan keizinan masuk pelarian bagi jajahan Belanda di Caribbean, di mana mereka akan berada jauh dari bahaya kem tahanan.
Rancangan tidak mendapat kelulusan kerajaan Jepun
Walaupun rancangan kelihatan agak lancar, namun terdapat satu masalah. Kerajaan Jepun dengan tegas menafikan pemintaan Sugihara berkali-kali untuk mengeluarkan visa tersebut.
Budaya Jepun memberi penekanan yang berat terhadap ketaatan dan Sugihara tahu dia berisiko membahayakan bukan sahaja kerjayanya, tetapi keluarganya dengan tidak mematuhi perintah pihak atasan.
Namun, oleh kerana cara Sugiharan dibesarkan dalam kelas samurai yang menghargai kehormatan lebih dari apa pun dan selepas perbincangan teliti, beliau memutuskan untuk tidak memalukan diri sendiri dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan.
Lebih daripada 29 hari pada tahun 1940, Chiune Sugihara dan isterinya menghabiskan masa berjam-jam menulis surat dengan tangan.
Mereka bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk menghasilkan sehingga 300 surat sehari, jumlah yang biasanya akan mengambil masa sebulan untuk dihasilkan.
Malah, mereka tidak berhenti untuk makan dan terus menulis visa yang begitu berharga sehinggalah beliau dan keluarganya dipaksa keluar daripada Kaunas, dihantar meninggalkan Lithuania dengan kereta api.
Walaupun begitu, Sugihara masih enggan berputus asa dan meneruskan usahanya.
Ketika berada di dalam kereta api, beliau dengan pantas membaling kertas visa yang kosong dengan cap dan tandatangannya melalui tingkap kepada orang ramai yang akan diisi kemudian.
Memberikan cop rasmi kepada pelarian
Dan apabila kereta api semakin laju dan menjauhi, Sugihara membaling cap rasminya kepada seorang pelarian dengan harapan ia dapat digunakan untuk mengeluarkan lebih banyak visa.
Chiune Sugihara tidak pernah memberitahu sesiapa selain daripada ahli keluarganya tentang apa yang telah dilakukannya dan agak menghairankan kerana kerajaan Jepun tidak pernah mengetahui tentang ketidakpatuhannya ini.
Kisah ini diketahui apabila mereka yang terselamat mula menceritakan mereka mengenai diplomat yang telah menyelamatkan mereka pada akhir tahun 1960-an dan 1970-an.
Pada tahun 1985, Chiune Sugihara dianugerahkan kehormatan tertinggi Israel, "Righteous Among Nations". Beliau adalah satu-satunya warganegara Jepun yang pernah menerima kehormatan. ini.
Sejumlah 40,000 orang yang dianggarkan masih hidup hari ini terima kasih kepada visa yang dikeluarkan oleh Sugihara.
Tak kisah siapa yang beliau tolong, kisah ini menunjukkan kuasa luar biasa yang terletak pada pilihan individu.