Oleh pada 09 Sep 2019 kategori

markah konsert keempat big stage 2019

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Persaingan 10 penyanyi muda yang mendapat jolokan 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) menghangatkan pentas konsert keempat Big Stage musim kedua, yang berlangsung sebentar tadi.

Bertemakan 'Duominasi', para peserta diberikan cabaran membawa lagu-lagu secara duet dengan barisan penyanyi undangan yang terdiri daripada nama-nama popular masa kini.

Penyanyi jemputan yang terlibat ialah Sufian Suhaimi, Haqiem Rusli, Sarah Suhairi, Usop, Baby Shima, Shiha Zikir, Ayie Floor 88, Luqman Faiz, Azmi Saat dan Marsha Milan.

Dalam pada itu, Fieya Julia yang mempertaruhkan lagu Haram (dendangan asal Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah), nyaris melupakan impiannya untuk beraksi di minggu seterusnya apabila diumumkan sebagai peserta dengan undian tercorot, di kalangan dua lagi bintang 'bottom three' iaitu Irfan Haris dan Chaleeda, mengikut pemarkahan juri profesional.

Bagaimanapun, Datuk Seri Siti Nurhaliza selaku pengkritik menggunakan kuasa imuniti untuk menyelamatkan pelantun lagu Perasaanku itu daripada tersingkir.

Di bawah merupakan kedudukan dan markah peserta mengikut markah juri.

    

markah konsert minggu 4 big stage 2019

Kredit foto: Youtube Astro Gempak

    

  1. Adzrin (Jealous) - 81.00%
  2. Han Byul (Just Give Me A Reason) - 79.67%
  3. Santesh (Roadblock Hatiku) - 79.50%
  4. Kucaimars (Janam Janam) - 79.50%
  5. Syada Amzah (Dengarkanlah) - 79.33%
  6. Dinda Permata (Kamu Yang Ku Tunggu) - 78.67%
  7. Neeta (Tentang Dia) - 78.00%
  8. Fieya Julia (Haram) - 72.33%
  9. Irfan Haris (Lagu Jiwa Lagu Cinta) - 70.33%
  10. Chaleeda (Rewrite The Stars) - 67.33%

    

Sementara itu, Neeta diumumkan sebagai penerima anugerah 'Vivo BBNU Of The Week' untuk minggu lalu hasil undian penonton.

Masih berbaki 10 peserta yang akan menyambung persaingan untuk menempah tempat ke pusingan seterusnya, selain Fieya Julia, Irfan Haris, Chaleeda dan Neeta, mereka yang masih bertahan ialah Kucaimars, Santesh, Syada Amzah,Adzrin, Dinda Permata dan Han-Byul.

Dihoskan pasangan pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad, konsert keempat Big Stage 2019 diadili juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika, bersama Jaclyn Victor selaku juri undangan mingguan.

Program ini ditayangkan setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123), dibawakan daripada Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

    

Kredit video: Youtube Astro Gempak

    

Sumber berita: [LIVE] Big Stage 2019 Live + (Minggu 4)

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)