Oleh pada 30 Sep 2019 kategori

markah konsert separuh akhir big stage 2019

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Konsert Separuh Akhir Big Stage 2019 menyaksikan lima peserta iaitu Han-Byul, Adzrin, Irfan Haris, Dinda Permata dan Neeta melangkah ke pentas akhir yang akan berlangsung minggu hadapan.

Senarai finalis itu diumumkan pasangan pengacara, Alif Satar dan Sherry Alhadad di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebentar tadi.

Sementara itu, Fieya Julia dan Kucaimars yang berada di kedudukan tiga terendah mengikut permarkahan juri, terpaksa akur meninggalkan pertandingan.

Manakala, Irfan Haris yang juga di 'bottom three' diselamatkan menerusi undian atas talian.

Peringkat separuh akhir mencabar para peserta mempersembahkan dua lagu iaitu secara solo dan duet bersama artis undangan.

Berikut kedudukan dan markah berdasarkan penilaian juri profesional.

    

markah konsert minggu 7 big stage 2019

Kredit foto: Youtube Astro Gempak

   

  1. Neeta (Potret, Terlanjur Cinta) - 77.67%
  2. Han Byul (Boy With Luv, Dirgahayu) - 74.33%
  3. Dinda Permata (Secangkir Madu Merah, I Will Always Love You) - 72.17%
  4. Adzrin (Kisah Cinta Kita, Eyes Nose Lips) -69.33%
  5. Kucaimars (Keabadian Cinta, Revolusi) - 67.33%
  6. Irfan Haris (Bukan Diriku, Keliru) - 65.67%
  7. Fieya Julia (Chandelier, Cinta) - 60.17%

    

Dalam pada itu, Adzrin dinobatkan sebagai pemenang 'Vivo BBNU Of The Week' minggu lalu hasil undian penonton.

Konsert tersebut menggunakan khidmat juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika, bersama Tam Spider selaku juri jemputan.

Big Stage 2019 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.

   

Kredit video: [LIVE] Big Stage 2019 Live + (Minggu 7)

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)