Oleh pada 19 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @astrogempak

    

Konsert program realiti Big Stage musim kedua (2019) minggu pertama menyaksikan 12 penyanyi muda yang mendapat jolokan BBNU atau 'Budak Baru Nak Up' membuktikan keupayaan bakat masing-masing menerusi persaingan yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sebentar tadi.

Mereka menggalas tanggungjawab membawa semula lagu-lagu yang mempopularkan nama mereka di media sosial menerusi tema minggu ini, ‘Million Views’.

Kesemua 12 peserta yang membuat persembahan ialah Santesh, Irfan Haris, Adzrin, Kucaimars, Aziz Harun (Brunei), Han Byul (Korea), Neeta Manisha, Sheryl Shazwani, Syada Amzah, Fieya Julia, Chaleeda (Thailand) dan Dinda Permata (Indonesia).

Berikut merupakan carta kedudukan dan markah penuh peserta selepas proses pengadilan dilakukan oleh barisan juri profesional di konsert minggu pertama.

    

markah konsert minggu 1 big stage 2019

Kredit foto: Youtube Astro Gempak

    

1. Santesh (Amalina) - 82.33%

2. Dinda Permata (Tak Sanggup Lagi) - 77.33%

3. Neeta (Sakit) - 77%

4. Syada Amzah (Dinda) - 75.33%

5. Han-Byul (Shooting Star) - 74.67%

6. Fieya Julia (Perasaanku) - 74%

7. Adzrin (Bukan Yang Terbaik) - 73%

8. Aziz Harun (Jauh) - 72.33%

9. Sheryl Shazwanie (Perasaan) - 72%

10. Kucaimars (Mimpi Yang Sempurna) - 71%

11. Irfan Haris (Redha) - 70%

12. Chaleeda (Pretty Boy) - 67%

     

Pertandingan diadili oleh dua juri tetap iaitu penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan, bersama juri undangan mingguan, penyanyi Mark Adam.

Menerusi format penjurian, markah keseluruhan ditentukan melalui gabungan penilaian ketiga-tiga juri profesional. Kemudian, tiga peserta di tangga tercorot akan melalui penjurian kedua iaitu undian secara online daripada penonton menerusi laman sesawang rasmi Big Stage. Peserta dengan undian terendah akan disingkirkan di hujung konsert.

Bagaimanapun pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad mengumumkan tiada penyingkiran di konsert pertama, sekaligus secara automatik kesemua bintang kekal beraksi di minggu hadapan.

Konsert Big Stage musim kedua bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

   

Kredit video: Youtube Astro Gempak

    

Sumber:

1. Big Stage 2: Tiada Penyingkiran... Ini Kedudukan Peserta Berserta Markah Keseluruhan Konsert Minggu Pertama

2. [LIVE] Big Stage 2019 Live + (Minggu 1)

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)