Oleh pada 18 Dec 2020 kategori

muzikal lawak superstar 124   

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Penonton Muzikal Lawak Superstar (MLS) 2020 (musim kedua) berpeluang untuk mengundi peserta kegemaran masing-masing menerusi saluran undian yang dibuka sepanjang minggu secara dalam talian.

   

muzikal lawak superstar 2020 63

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Caranya mudah, anda hanya perlu melayari laman sesawang di alamat: www.gempak.com/muzikallawaksuperstar , kemudian log masuk dengan menggunakan akaun Astro atau Facebook anda.

Seterusnya anda akan diberikan 20 undian pada hari Sabtu hingga Khamis, manakala 50 lagi undian pada Jumaat untuk tujuan mengundi kumpulan yang menjadi pilihan.

Undian akan dibuka sepanjang minggu, namun ditutup sebaik sahaja diumumkan pengacara ketika penghujung rancangan.

Undian bagaimanapun akan dibuka kembali sebaik sahaja program minggu itu tamat.

Untuk menyemak senarai peserta dan kumpulan yang berentap, baca artikel: Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2020 (Musim 2)

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca: Info Penuh Program Muzikal Lawak Superstar 2020 (Musim 2)

Muzikal Lawak Superstar 2020 yang menggunakan khidmat Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pasangan pengacara, ditayangkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Warna - mulai 18 Disember 2020.

    

Kredit video: [LIVE] Muzikal Lawak Superstar 2 Live + Minggu 1

   

Sumber:

1. ‘Muzikal Lawak Superstar’ Kembali Untuk Musim Kedua

2. Instagram Astro Gempak

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)