Oleh pada 20 Oct 2021 kategori

haa

Isu rokok merupakan antara isu yang sangat sensitif di Malaysia. Walaupun difatwakan haram, perokok tegar masih tidak dapat menerima kenyataan kerana ketagihan yang sukar untuk ditinggalkan.

Cuba bayangkan, sebatang rokok mengandungi tar, nikotin, karbon monoksida dan bahan-bahan lain yang apabila dibakar bersama, membebaskan asap yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Asap ini kemudian bukan hanya disedut oleh perokok malah orang di sekeliling mereka.

Ramai pakar mula membincangkan solusi bagi menangani masalah perokok tegar di peringkat antarabangsa, antaranya menerusi pendekatan mengurangkan mudarat tembakau (THR) dan menggunakan nikotin pada kadar yang minimal bagi mengurangkan kesan ketagihan pada rokok.

Melalui kesedaran ini, banyak negara yang mula menggunakan pendekatan berbeza menangani tabiat merokok dalam kalangan masyarakatnya.

Namun malang bagi negara Asia, walaupun mencatatkan hampir separuh daripada jumlah populasi perokok di dunia, kebanyakkan negaranya masih ragu-ragu mengenai pengurangan kemudaratan tembakau, dan ada yang mengharamkan produk nikotin alternatif.

Jepun perintis produk bebas asap & kurang mudarat

haa

Pada tahun 2013, Jepun mengambil langkah proaktif apabila memperkenalkan produk tembakau boleh dipanaskan (HTP) bagi memberikan rakyatnya pilihan untuk beralih kepada produk yang kurang memudaratkan.

Langkah ini terbukti membuahkan hasil apabila dalam masa 4 tahun, Jepun berjaya mencatatkan penurunan perokok tegar sebanyak 44 peratus.

Malah kajian yang dilakukan oleh American Cancer Society menunjukkan sejak HTR memasuki pasaran Jepun, jualan rokok mencatatkan penurunan ketara buat kali pertama dalam sejarah di negara matahari terbit itu.

Untuk makluman, kira-kira 20 peratus populasi di negara Jepun merupakan perokok dan jumlah tersebut merupakan penurunan dari kadar perokok 50 peratus dari populasi sejak 50 tahun lalu.

Menurut Takashi Sugihara, Pengarah Strategi Pembangunan Frost and Sullivan, Asia Pasifik, Jepun telah menyemak semula undang-udang berkaitan promosi kesihatan (No.78 of 2018) yang membenarkan aktiviti merokok di restoran kepada peraturan yang lebih ketat.

Merokok hanya dibenarkan jika pemilik restoran menyediakan tempat khas untuk aktiviti itu dengan larangan makan dan minum.

Malah, ruang untuk perokok dan pengguna HTP juga dipisahkan untuk mengelakkan pengguna HTP terdedah kepada asap rokok yang berbahaya dan menjadi secondary smoker.

Berbanding perokok, pengguna HTP mempunyai kelonggaran untuk menggunakan alat itu di tempat makan yang dikhaskan di restoran. Ini berdasarkan pendekatan sains yang menyatakan penggunaan wap mungkin bahaya namun masih tiada kesan sampingan atau impak penyakit berbahaya daripada penggunaan HTP.

Bagi membela perokok pasif pula, Jepun merancang untuk melaksanakan undang-undang khusus termasuk larangan merokok di kawasan luar yang mempunyai kehadiran kanak-kanak.

Mengambil kira negara Jepun sebagai model yang berjaya, negara lain yang mempunyai bilangan perokok tegar yang tinggi seperti Malaysia, harus meneliti semula undang-undang dan sekatan yang dikenakan kepada pengeluar produk alternatif rokok di pasaran.

Ini bagi memberikan perokok kebebasan untuk memilih atau bertukar kepada produk yang tidak memudaratkan kesihatan pada harga mampu milik.

Kerajaan lebih telus & cakna untuk penggunaan produk alternatif

haa 672

Melihat kepada kejayaan negara lain mengalihkan ketagihan merokok kepada produk yang kurang berbahaya. Sudah tiba masanya, pembuat dasar negara ini mengambil pertimbangan dan pendekatan baru seperti menggunakan produk nikotin sebagai salah satu alternatif kurang memudaratkan untuk perokok yang ingin berhenti merokok.

Selain itu, pihak yang berkepentingan juga mestilah lebih telus dan terbuka memberikan akses serta maklumat tepat mengenai produk nikotin alternatif seperti rokok elektronik, produk tembakau yang dipanaskan atau snus.

Ia secara tidak langsung dapat memberikan perokok keyakinan untuk berhenti merokok serta dapat hindarkan generasi baru daripada bahaya rokok atau menjadi mangsa asap rokok yang berbahaya.



Hakcipta iluminasi.com (2017)