Inilah adalah sebuah kisah Jepun ketika berada di bawah shogun Tokugawa atau lebih tepat, di bawah pemerintahan shogun ketiga, Tokugawa Iemitsu. Shogun pada asalnya merupakan pemimpin ketenteraan tertinggi di Jepun dan gelaran itu dianugerahkan oleh Maharaja sendiri.
Walau bagaimanapun, Shogun akhirnya menjadi diktator ketenteraan Jepun, memerintah negara itu untuk jangka masa antara 1185 dan 1868.
BESARKAN TEKS A- A+
Tokugawa Iemitsu memerintah Jepun dari 1623 hingga 1651 dan dalam tempoh ini, dia telah membuat beberapa siri perintah rasmi dalam usaha untuk menutup sempadan Jepun daripada tekanan dan kawalan pihak asing.
(Lakaran shogun Tokugawa Iemitsu)
Semasa masa pemerintahan Iemitsu, orang Eropah dianggap "orang jahat" di Jepun. Mereka mempunyai senjata yang kuat dan mengembara dunia dengan idea untuk menjajah.
Penaklukan Filipina oleh Sepanyol boleh dikatakan sangat baru untuk menimbulkan kebimbangan terhadap sikap peluasan, dan para Mubaligh Kristian sedang menuju ke Timur, cuba menyebarkan agama Kristian dan menggantikan agama dan kepercayaan tempatan.
Populariti barangan perdagangan Eropah adalah satu lagi sebab yang merisaukan, terutamanya disebabkan oleh beberapa kapal perdagangan dianggap menyeludup kumpulan agama.
Itu belum diambil kira potensi penyebaran wabak seperti cacar.
Ini menyebabkan kebimbangan yang besar dan Iemitsu cuba menghentikan kemaraan budaya Barat. Dia tidak menggunakan tembok, tetapi menggunakan siri perintah bermula pada tahun 1633, lebih dikenali sebagai Perintah Sakoku.
Dalam bahasa Jepun, Sakoku secara harfiahnya bermaksud negara tertutup.
Walau bagaimanapun, apabila ia melibatkan penutupan sempadan negara, Iemitsu tidak bermula dengan larangan imigresen tetapi dia melakukan lebih daripada itu.
Antara beberapa contoh yang terkandung dalam Perintah Sakoku:
Kapal Jepun dilarang sekeras-kerasnya daripada berlayar ke negara asing.
Tidak ada seorang pun rakyat Jepun yang dibenarkan pergi ke luar negara. Sekiranya ada sesiapa yang cuba melakukannya secara rahsia, dia akan dibunuh. Kapal yang terlibat akan ditahan dan pemiliknya ditangkap, dan perkara itu harus dilaporkan kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi.
Sekiranya ada rakyat Jepun yang pulang dari luar negara selepas tinggal di sana, dia mesti dihukum mati.
Semua kapal yang masuk mesti diperiksa dengan teliti bagi menahan para pengikut para paderi.
Sebagai sebahagian daripada peraturan perintah ini, perdagangan telah dikawal selia dengan ketat dan dibenarkan untuk berlangsung di hanya pelabuhan tertentu, kapal Jepun dilarang pergi ke luar negara dan paderi-paderi Kristian boleh disiksa untuk meninggalkan agama mereka atau dibunuh.
Kisah salah seorang daripada paderi ini telah menginspirasikan sebuah filem, Silence, oleh Martin Scorsese.
(Peta Pengepungan di Istana Hara di mana salah satu pertempuran utama pemberontakan berlaku)
Walaupun Perintah Sakoku itu sendiri diisytiharkan pada tahun 1635, pandangan Shogun tentang kepercayaan dan tindakan Kristian diperkukuhkan pada tahun 1637 apabila kebanyakan petani Kristian memberontak (dengan bantuan rōnin iaitu samurai kurang mahir), bangkit dalam Pemberontakan Shimabara.
Kesan Perintah Sakoku
Pengasingan Jepun tidak berlaku lebih awal daripada ketibaan orang asing. Malah, sebelum perintah ini dilaksanakan, hubungan luar antara Jepun dan negara-negara lain agak luas, dengan perdagangan yang berlaku dengan China, Korea, dan banyak kuasa utama Eropah.
Perdagangan pada ketika itu agak popular dan barangan seperti kacamata, jam, senjata api dan artileri mendapat permintaan yang sangat tinggi.
Walaubagaimanapun, apabila Perintah Sakoku diperkenalkan, ia membuatkan Jepun menutup pintunya kepada semua kuasa Eropah (kecuali Belanda) dan mengehadkan pengaruh negara-negara lain.
Dan perintah ini tidak berhenti pada tahun 1635. Perintah Sakoku bukanlah yang pertama atau yang terakhir. Konsep negara tertutup terus berkembang seperti yang ditunjukkan oleh perintah Pengecualian Portugis tahun 1639.
Malangnya, pengecualian terhadap hubungan luar dengan banyak negara memberi kemudaratan kepada Jepun kerana ia menyumbang kepada ketinggalan apabila bersaing dengan kuasa Barat secara teknologi.
Walau bagaimanapun, tempoh pengasingan yang panjang juga boleh dianggap sebagai penyumbang kepada budaya unik dan menarik di Jepun sehingga ke hari ini.
Berakhirnya Perintah Sakoku
Perintah "negara tertutup" oleh Jepun kekal berkuat kuasa selama 220 tahun, mengasingkan Jepun dari banyak dunia di sekeliling mereka.
Perintah ini berakhir pada tahun 1852 apabila kuasa besar tentera laut Amerika Syarikat, di bawah Commodore Matthew Calbraith Perry, memaksa Jepun untuk membuka pasaran mereka dan meneruskan hubungan dengan dunia Barat melalui Konvensyen Kanagawa.
Jika perintah ini tidak berakhir, dunia pada hari ini mungkin tidak dapat menikmati banyak barangan eksport Jepun seperti alat ganti kenderaan, kenderaan bermotor, semi konduktor dan keluli serta animasi, fesyen, dan makanan!
Rujukan:
1. History