anda boleh sewa negara ini dengan harga rm280 000

Aplikasi AirBnB adalah yang paling terkenal dan paling biasa digunakan pada ketika ini untuk menyewa sebuah bilik atau rumah untuk bermalam tidak kiralah untuk tujuan bercuti atau kerja.

Ia memberikan pelbagai pilihan di seluruh dunia dengan harga yang menarik, malah anda boleh menyewa sofa untuk melelapkan mata jika anda mahu.

Namun, jika anda memerlukan ruang yang lebih besar, atau mempunyai bajet yang lebih, mungkin anda boleh menggunakan perkhidmatan menyewa sebuah negara.

Ya, bukan sebuah bilik atau rumah, tetapi negara!

Melalui pengaturan promosi antara Airbnb dan syarikat produksi dan pemasaran acara yang berpangkalan di Liechtenstein, iaitu Rent a Village by Xnet, negara kecil Eropah itu tersedia untuk disewa bagi percutian hujung minggu anda yang tidak dapat lupakan seumur hidup.

Negara dengan keluasan 160 kilometer persegi (sekitar keluasan bandar Ampang - 143.5 kilometer persegi) dan populasi sekitar 38,378 orang ini boleh disewa dengan harga RM283,150 untuk satu malam.

peta negara liechtenstein

Menurut profil dalam Airbnb, Liechtenstein boleh memuatkan antara 450 dan 900 orang, mempunyai lebih daripada 500 bilik tidur dan 500 bilik mandi.

Untuk menyewa negara ini, anda perlu membuat pembayaran RM283,150 terlebih dahulu, dengan sewa minimum selama dua malam.

Polisi pembatalan diklasifikasikan sebagai "Sangat Ketat", yang bermaksud anda boleh mendapatkan bayaran balik 50% jika anda membuat pembatalan sehingga 30 hari sebelum ketibaan.

Selepas dari itu, tiada pulangan bayaran akan diberikan.

Setibanya di Liechtenstein, anda akan diberikan kunci simbolik kepada negeri ini, diikuti dengan acara merasa wain di hartanah ketua negara, Putera Hans-Adam II.

vaduz ibu negara liechtenstein 501

(Vaduz, ibu negara Liechtenstein)

Malah, pakej eksotik ini juga membolehkan anda menamakan semula jalan-jalan, mencetak mata wang sementara dan menggunakan pasukan polis negara.

Acara lain termasuklah menonton bunga api dan menaiki kereta kuda melalui ibu kota Vaduz. Anda juga boleh cuba bermain ski rentas desa, bermain luncur salji dan mendaki salji untuk menerokai pemandangan yang indah. 

Walaupun mempunyai pelbagai tarikan, Liechtenstein masih belum disewa, walaupun hampir disewa oleh pasangan yang mahu menyewa negara ini untuk majlis perkahwinan mereka.

Akan tetapi, perkahwinan mereka dibatalkan.

budaya liechtenstein

Selebriti terkemuka AS iaitu Snoop Dog juga pernah cuba untuk menyewa Liechtenstein untuk digunakan dalam video muziknya, tetapi mendapat penolakan keras dari pihak berkuasa.

Dan seperti yang anda bayangkan, menyewa seluruh negara tidaklah semudah dengan hanya mengklik butang di laman web dan perlu berurusan dengan pejabat penganjur terlebih dahulu.

Namun jika anda tertarik dengan promosi ini tetapi tidak mampu membayar RM283,150 satu malam untuk dua malam, anda boleh mendapatkan sesuatu yang kurang daripada sebuah negara tetapi masih menerujakan.

Rent A Village juga menawarkan penyewaan enam buah kampung Austria, tiga bandar Jerman dan sebuah resort skit Switzerland. Harga sewa satu malam kampung Alpbach di Austria adalah RM262,925.

liechtenstein

Kampung ini mempunyai lebih daripada 300 bilik dan bilik mandi, menjadikan ia lebih mampu-sewa berbanding Liechtenstein, namun kurang mempesonakan.

Untuk menebus kembali prestij yang kurang hebat berbanding menyewa Liechtenstein, kawasan perbandaran yang anda sewa akan digantikan namanya bersempena nama anda selama anda tinggal di sini dalam satu acara yang gilang-gemilang.

Dan jika anda masih tidak mampu menyewa sebuah kampung Eropah, anda boleh menyewa sebuah istana di Ireland dengan sewa kurang dari RM800 satu malam,

Liechtenstein bukanlah berada dalam ketandusan wang kerana ia mempunyai KDNK per kapita yang sangat tinggi dan hutang yang rendah. Kemungkinan Liechtenstein bersedia untuk "menjual" negara mereka adalah alasan untuk mempertahankan ekonomi ketahanan ekonomi sehebat itu.

Rujukan:

1. Wired

2. Guardian

3. Gizmodo



Hakcipta iluminasi.com (2017)