Oleh pada 27 Jul 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Welson Sim

Siapa Welson Sim? Pemilik nama penuh Welson Sim Wee Sheng ini merupakan atlet sukan renang Malaysia berusia 24 tahun dari Kuching, Sarawak.

Namanya tular semasa upacara perasmian Sukan Olimpik Tokyo 2020 kerana telah membuatkan ramai gadis di China jatuh hati dek ketampanan wajahnya yang sedang mengenakan pelitup muka.

Fotonya viral di media sosial Weibo dan menjadi bualan sensasi di kalangan warganet China.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Nama sebenarnya, Welson Sim Wee Sheng.

2. Dikenali sebagai Welson Sim.

3. Kelahiran Kuching, Sarawak, Malaysia pada 29 Mac 1997.

4. Berumur 24 tahun (2021).

5. Berketinggian 1.81 meter dan berat badan 70 kg.

6. Anak kepada pasangan Sim Ah Tee (bapa) dan Lee Ngiat Kim (ibu).

7. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lintang, Kuching, Sarawak dan Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

8. Pengguna Instagram (IG) atas nama akaun @welsonsim yang mempunyai lebih 180,000 pengikut.

Fakta Menarik

1. Merupakan atlet renang pertama negara yang layak beraksi di Olimpik dalam dua acara.

2. Mula memasuki kelas renang pada usia 10 tahun bagi mengatasi masalah asma yang dihidapi, sebelum menyertai Piala Presiden Sarawak setahun kemudian.

3. Berada dalam pasukan renang negeri Sarawak sewaktu umur 12 tahun.

4. Namanya mencuri tumpuan sejak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang menyaksikannya merangkul dua emas dalam dua acara.

5. Mengalami kecederaan di pergelangan tangan pada Oktober 2020 akibat kemalangan (motosikal) jalan raya.

6. Pembabitannya dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagaimanapun tidak membawa tuah dalam kedua-dua acara disertai iaitu kategori gaya bebas renang 200 meter (m) dan 400m lelaki.

7. Beliau sebelum ini juga berpengalaman dalam pelbagai acara berprestij termasuk Sukan Olimpik 2016.

   

Baca: Biodata Farah Ann Abdul Hadi, Atlet Gimnastik Malaysia

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Izzah Amzan, Ratu Gimnas Negara

   

Gambar

welson sim instagram

welson sim

welson sim weibo

welson sim family

welson sim olympics

pencapaian welson sim

welson sim china

welson sim wee sheng

perenang malaysia

welson sim wikipedia

welson sim age 181   

Kredit foto: Instagram Welson Sim

Video

Kredit video: Coretan Rio 2016 - Welson Sim

Sumber:

1. Kemalangan sekat Welson sertai Kejohanan Hari Sukan Negara

2. Anugerah MSSM-Milo: Penghargaan Buat Atlet Remaja Sukan SEA Jun Ini

3. Majlis Sukan Negara Malaysia

4. Pakai Mask Pun Hensem? Netizen China Dah Jatuh Cinta, Stalk Gambar Kacak Welson Sim!

5. Ketampanan Welson pikat amoi China

6. Fakta Menarik Perenang Tampan Negara Welson Sim, Popular Di China Dan Thailand




Hakcipta iluminasi.com (2017)