Kredit foto: Instagram Uqasha  Senrose , Instagram Kamal Adli

    

Pelakon Uqasha Senrose selamat bergelar isteri kepada aktor Kamal Adli dalam pernikahan tertutup yang berlangsung pada 5 November lalu.

Pasangan mempelai ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin dan jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat pukul 9.39 pagi.

Majlis bertemakan taman itu menyaksikan Kamal menyerahkan wang tunai berjumlah RM22.50 sebagai mas kahwin, manakala Uqasha pula menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

Perkahwinan seawal 7.30 pagi itu turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti ternama seperti adik beradik Uqasha, Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang.

Saudara dan kenalan terdekat juga merupakan antara 100 tetamu yang dijemput hadir.

Pasangan pengantin menggayakan persalinan daripada pereka Shanell Harun dan Rizman Ruzaini.

Uqasha yang juga pelakon drama popular, Rindu Awak Separuh Nyawa terlebih dahulu mengikat tali pertunangan dengan Kamal pada bulan April lalu.

   

10 Fakta Biodata Uqasha Senrose, Isteri Kamal Adli Yang Ramai Tak Tahu!

uqasha senrose

1. Ramai yang tidak tahu nama 'Senrose' sebenarnya adalah gabungan nama kedua ibu bapa beliau.

   

uqasha senrose ig

   

2. Gelaran 'Senrose' mula digunakan ketika dia membuka akaun laman sosial Myspace, sebelum nama timangan itu melekat sehingga ke hari ini.

   

uqasha senrose kahwin

   

3. Uqasha tidak mempunyai sebarang darah campuran sebagaimana yang dianggap oleh segelintir pihak. Kedua-dua ibu bapanya berasal dari negeri Kelantan.

4. Adik beradiknya membesar bersama keluarga Maembong sejak zaman kecil.

   

uqasha senrose nikah

   

5. Menurut Uqasha, Nelydia lebih disayangi ibunya berbanding dia dan Raysha kerana Nelydia disifatkan sebagai seorang anak yang mendengar kata.

   

uqasha

   

6. Beliau gemar memenuhi masa terluang dengan hobi berenang dan bermain sukan badminton.

7. Beliau akui tidak mempunyai bakat dalam seni nyanyian, namun sedia mencuba nasib dalam bidang pengacaraan jika diberi peluang.

   

uqasha kamal adli

   

8. Cukup berhati-hati dalam soal memilih jodoh kerana mengambil iktibar daripada kegagalan perkahwinan yang menimpa ibu bapa dan kakak kandungnya.

   

kamal adli

9. Beliau menyifatkan buah hatinya, Kamal Adli sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab, mengambil berat, penyayang, berperwatakan gila-gila dan pelakon yang versatil!

   

kamal adli uqasha senrose

   

10. Baru-baru ini beliau telah membuat kemunculan sebagai bintang utama dalam drama bersiri, The Hotel Musim 2 di saluran Astro Ria.

Untuk biodata asas Uqasha, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Uqasha Senrose

Baca: Kahwini Uqasha Senrose, Ini 10 Fakta Kamal Adli Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Kamal Adli, Suami Uqasha Senrose

Baca: Biodata Nelydia Senrose, Adik Beradik Uqasha Senrose

Baca: Biodata Raysha Rizrose, Adik Kandung Seibu Uqasha Senrose

Baca: Siapa Sangka! Ini 2 Foto Ayah Dan Ibu Uqasha Dan Nelydia Senrose

umur uqasha

kamal adli kahwin

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose , Instagram Nelydia Senrose , Instagram Kamal Adli

Kredit video: Chit-Chat With Michael Ang Ep 2 : Uqasha

Sumber:

1. Kamal Adli 'caring', 'loving', 'gila-gila' - Uqasha Senrose

2. Peminat Tak Suka UQASHA SENROSE Kawan FATHIA LATIFF, Takut Pengaruh Buruk — Ini Jawapan Uqasha

3. Apa Kata Malaysia: Bersama Uqasha dan Nelydia Senrose

4. Instagram Uqasha

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)