Kredit foto: Facebook Polis Daerah Petaling Jaya

       

Siapa Inspektor Sheila? Namanya menjadi sorotan dan kehidupannya berubah selepas kisahnya menjadi viral.

Ia terjadi selepas beberapa insiden kontroversi yang menjadi bahan perbualan di internet, berkaitan video yang mendakwa Sheila menghina anggota bawahan dan mengugut wanita warga emas tular di media sosial.

        

Biodata Inspektor Sheila

Nama sebenar: Sheila Sharon A/P Steven Kumar

Nama popular: Inspektor Sheila

Umur: 35 tahun (2023)

Tarikh lahir: 16 Ogos

Bangsa: India

Status: Bujang

Keluarga: Anak sulung daripada lapan orang adik beradik

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Major Bahasa Inggeris dan Minor Bahasa Itali daripada Universiti Malaya (UM)

Facebook: Sheila Sharon Steven Kumar

       

Fakta Inspektor Sheila

1. Telah bertugas dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun 2016.

2. Bapanya, S Steven Kumar, pernah mempunyai pengalaman selama 39 tahun dalam PDRM dan mencapai pangkat terakhir sebagai Asisten Superintenden.

3. Adik Sheila juga berkhidmat dalam pasukan beruniform itu.

4. Pernah mengambil mata pelajaran Tasawwur Islam semasa tingkatan lima untuk mendalami pemahaman agama itu, dan Sheila berjaya mendapatkan gred B subjek itu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, Sheila juga pernah mempelajari serba sedikit tentang al-Quran dan sunnah.

5. Menyimpan impian untuk menjadi seorang peguam.

       

Fakta Menarik

1. Terbuka untuk memilih pasangan daripada latar belakang yang berbeza, termasuk lelaki Melayu ataupun individu daripada agama dan bangsa yang berbeza.

2. Sheila begitupun menekankan kriteria yang tinggi dalam mencari pasangan. Kriteria-kriteria itu termasuk individu yang berkarier, pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, gemar melancong, aktif dalam sukan, menghormati ibu bapa, arif ilmu agama dan berfikiran 'kelas dunia' -- rupa luaran tidak menjadi ukuran, Sheila lebih tertarik kepada lelaki yang muda dan yang penting, seseorang yang dapat membahagiakannya dan menerima dirinya.

3. Di akaun Facebook (FB) miliknya, dia secara terbuka mencari pasangan hidup dengan memuat naik 'iklan mencari jodoh', tanpa mengira faktor umur, agama, bangsa dan kerjaya. Hebahannya menarik perhatian ramai dengan banyak komen dan mesej yang diterima, bukan hanya dari lelaki Melayu, Cina dan India, tetapi juga Punjabi.

4. Sebelum ini Sheila pernah mempunyai pengalaman dalam hubungan cinta bersama lelaki berbangsa Melayu. Malah ayahnya juga pernah menjalin cinta dengan wanita Melayu, yang membuat ayahnya lebih terbuka dalam soal tersebut.

5. Kerana isunya yang menjadi tumpuan di media sosial, Sheila mendedahkan bahawa dia pernah tidak meninggalkan rumah selama dua hari, kecuali menggunakan pelitup muka dan topi. Namun, kini pandangan negatif orang ramai nampaknya berubah dan ramai yang mengajaknya untuk berswafoto bersama.

      

* Sheila juga telah menarik minat Iqbal Zulkefli, seorang ahli perniagaan ternama, yang meluahkan hasrat untuk mengenali Sheila lebih dekat kerana mempunyai ciri-ciri yang menjadi idamannya. Dalam pertemuan mereka yang diaturkan oleh sebuah portal, Sheila mendedahkan Iqbal seorang lelaki yang tampan, mesra dan mudah bergaul.

        

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Usahawan Iqbal Zulkefli

        

Gambar

inspector sheila    

iqbal sheila

sheila sharon steven kumar

iqbal dan sheila

sheila sharon

inspector sheila biodata

biodata inspektor sheila    

Kredit foto: Facebook Polis Daerah Petaling Jaya

         

Video

Kredit video: Lampu hijau 'Inspektor Sheila'

          

Sumber:

1. Inspektor Sheila lebih suka lelaki muda

2. Inspektor Sheila dapat gred B Tasawwur Islam, belajar sunah dan al-Quran… Terbuka terima lelaki Melayu

3. Inspektor Sheila didakwa tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)