Kredit foto: Instagram Rebecca Nur Al Islam

Siapa Rebecca Nur Al Islam? Pemilik nama penuh Rebecca Nur Al-Islam Ahmad ini merupakan seorang aktres, hos dan usahawan wanita Malaysia.

Beliau pertama kali diperkenalkan dalam bidang seni sebagai seorang pelakon, sebelum melebarkan pengaruh dalam dunia perniagaan.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Nama sebenarnya, Rebecca Nur Al-Islam binti Ahmad.

2. Lebih dikenali sebagai Rebecca Nur Al Islam.

3. Kelahiran Johor Bahru, Johor pada 30 April 1986.

4. Berumur 35 tahun (2021).

5. Mempunyai lapan orang adik-baradik.

6. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majidee Bahru, Johor Bahru.

7. Meneruskan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

8. Bergiat dalam bidang seni sebagai seorang pelakon, pengacara dan usahawan.

9. Antara drama yang pernah menampilkannya sebagai pelakon seperti Jangan Tegur Lagi, Dejavu di Kinabalu dan Awak Suka Saya Tak.

10. Berkahwin dengan Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 januari 2011. Hasil perkongsian hidup dengan suami, beliau telah melahirkan lima orang zuriat iaitu Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al- Raffael, Nor Ahmed Al- Reaggan dan Nor Aurora Riana.

11. Turut menjaga dua orang anak tiri bernama Nor Arif Qayyum dan Nor Khayrin Sofiya, bersama seorang anak angkat, Nor Adam Daniel.

12. Memiliki 748,000 pengikut di Instagram (IG) atas nama akaun @rebeccanuralislamahmad.

Fakta Rebecca

1. Mesra disapa dengan nama panggilan, Becca.

2. Mula bertudung sejak tahun 2014 iaitu selepas pulang daripada mengerjakan umrah.

3. Bapanya meninggal dunia pada 5 Jun 2017.

4. Kini berundur seketika daripada dunia seni lakonan kerana ingin memberi fokus kepada keluarga dan anak-anak yang sedang membesar.

5. Pada 8 Julai 2021, beliau menerusi laman Instagram peribadi, mendedahkan suami, enam anak dan tiga pekerjanya telah dijangkiti pandemik Covid 19. Cahaya mata beliau yang dimaksudkan ialah Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan dan Nor Aurora Riana.

6. Pada 10 Julai 2021, Rebecca mengesahkan dirinya pula telah terkena jangkitan virus itu.

Gambar

rebecca nur islam

dato nor azam datuk sulaiman

rebecca nur islam husband

rebecca islam

rebecca nur al islam

rebecca al islam

datin rebecca

suami rebecca nur islam

anak rebecca nur islam

Kredit foto: Instagram Rebecca Nur Al Islam

Video

Kredit video: Borak Borak: Istimewa Hari Ibu Datin Rebecca Nur Al Islam & Keluarga | Borak Kopitiam (5 Mei 2019)

Sumber:

1. "Rugi tak ramai anak"- Rabecca

2. Rindu nak tinggal anak

3. "Nanti Kecil-Kecil Lagi Dah Gemuk & Banyak Penyakit" - Rabecca Nur Al Islam

4. Saya Lulus Peperiksaan Dan Peroleh Gred B” - Rebecca Nur Al Islam Nak Sambung Belajar? Tapi Rahsiakan...

5. Cara Mummy Pakai Tudung Memang Legend!” - Kongsi Gambar Zaman Sekolah​, Rebecca Nur Al Islam Dedah 2 Guru Kesayangan

6. Isu Tudung 'Terbang', Rebecca Nur Al Islam Akui Salah Sendiri

7. Tekanan darah rendah, Rebecca Nur Al-Islam masuk wad

8. Mahu Luaskan Ilmu Dalam Bidang Perniagaan, Datin Rebecca Kini Bergelar Pelajar UUM

9. Suami, enam anak Rebecca positif COVID-19

10. Selepas keluarga, Rebecca pula positif COVID-19

11. Instagram Rabecca Nur Al Islam




Hakcipta iluminasi.com (2017)