Kredit foto: Instagram Danial Kifli

     

Siapa Danial Kifli? Muhammad Ariff Danial Kifli, nama yang dikenal meluas sebagai Danial Kifli ini adalah seorang penyanyi, pencipta konten dan komposer lelaki Malaysia.

Beliau meraih populariti menerusi single terkenal seperti "Pergilah Cinta" dan "Permata Istimewa", yang dihasilkan sepenuhnya oleh dirinya sendiri bersama Knight Cydeen.

         

Biodata

Nama sebenar: Muhammad Ariff Danial bin Kifli

Nama komersial: Danial Kifli

Umur: 20 tahun (2023)

Tarikh lahir: 3 Disember 2003

Asal: Muar, Johor

Keluarga: Anak keempat daripada lima orang adik beradik

Kerjaya: Penyanyi, Komposer, Pencipta Konten

Instagram (IG): @danialkifli__

       

Latar Belakang

1. Sebelum diberikan peluang untuk menunjukkan bakat muziknya, Danial memberitahu dia sering direndahkan oleh orang-orang di sekelilingnya. Dia menjadi mangsa buli dan dipulaukan oleh teman-teman pada suatu waktu dahulu, sehingga terpaksa berpindah sekolah.

2. Ketika berusia 16 tahun, Danial memuat naik cover lagu di saluran YouTube peribadinya, iaitu Danial Kifli, dan terkejut dengan respon hangat yang diterima oleh ratusan ribu penonton. Kini, namanya semakin berkembang dalam industri muzik menerusi kebanyakan 'cover' lagu yang dimuat naik di YouTube yang mencapai jutaan tontonan.

3. Single pertama Danial yang berjudul "Permata Istimewa" diluncurkan pada tahun 2022, yang diciptakan sendiri bersama Knight Cydeen. Lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman peribadinya dalam percintaan.

4. Sementara itu, single kedua Danial yang berjudul "Pergilah Cinta" telah dikeluarkan pada tahun 2023, juga hasil kolaborasi ciptaannya dengan Knight Cydeen. Lagu ini mempunyai kaitan dengan single pertama dan saat ini sedang merajai carta trending di YouTube dengan hampir sejuta tontonan.

5. Selain berkenaan, Danial juga merakam dua lagu khusus untuk Hari Raya Aidilfitri yang berjudul Raya Dah Tiba (bersama Syameer Azmi dan Heedan Mohd) dan Raya Raya (bersama Ammor, Teah, Aieman dan Ceknen).

6. Pada tahun 2023, Danial membuat kemunculan dalam rancangan permainan muzik misteri, I Can See Your Voice Malaysia musim keenam (ICSYVMY6) dan berjaya meraih posisi kedua dalam episod pertama.

        

Fakta Danial Kifli

1. Merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga.

2. Bapanya telah meninggal dunia ketika dia masih awal remaja.

3. Selain memiliki bakat menyanyi, dia juga mempunyai kemampuan dalam mencipta lagu dan bermain alat muzik (gitar).

4. Memulakan perjalanannya dalam dunia seni sebagai pencipta kandungan media sosial yang aktif dalam membuat konten 'prank'.

5. Single pengenalan Danial, Permata Istimewa, sebelumnya pernah ditolak oleh stesen radio yang menganggap liriknya terlalu "kebudak-budakkan" dan susunan muziknya dikatakan ketinggalan zaman.

6. Namun, lagu yang dia ciptakan itu juga memberikan tuah ketika bakat Danial dihidu oleh syarikat rakaman Awal Muzik yang melihat potensi dalam dirinya sebagai penyanyi dan penulis lagu.

       

Gambar

danial kifli instagram

danial kifli umur

pergilah cinta danial kifli

danial kifli wikipedia

danial kifli ig

keluarga danial kifli

danial kifli adik beradik

danial kifli profile

pergilah cinta

permata istimewa danial kifli

danial kifli

danial kifli lagu

Kredit foto: Instagram Danial Kifli

      

Video

Kredit video: Pergilah Cinta - Danial Kifli (Official Music Video)

       

Sumber:

1. Danial Kifli mahu buktikan potensi

2. Dulu stesen radio tak pandang Danial Kifli, sekarang trending di YouTube

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)