Oleh pada 14 Jun 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Tonton

     

Platform penstriman Tonton menayangkan siri drama Perempuan Itu yang terdiri daripada 30 episod, dengan siaran perdana pada 1 Jun 2023, setiap hari secara eksklusif di laman sesawang dan aplikasi Tonton dalam format definisi tinggi (HD).

       

10 Fakta Drama Berepisod Perempuan Itu Yang Ramai Tak Tahu!

perempuan itu episode

Kredit foto: Instagram Mimi Lana

         

1. Drama ini asalnya dijadualkan untuk ditayangkan di slot drama saluran TV3 pada Ramadan 2022 yang lalu tetapi telah ditangguhkan seketika disebabkan kontroversi yang melanda. Akhirnya ia telah diputuskan untuk disiarkan kepada penonton mulai 1 Jun 2023 melalui aplikasi Tonton.

        

tv3 perempuan itu

Kredit foto: Instagram Zul Ariffin

      

2. Di laman sosial, warganet mendakwa plot siri ini hampir sama seperti drama rantaian Layangan Putus dari Indonesia kerana kedua-duanya mengisahkan tentang kecurangan suami dan menggambarkan konflik yang berlaku dalam perkahwinan.

        

perempuan itu wikipedia

Kredit foto: Instagram Mimi Lana

         

3. Turut memeriahkan senarai barisan pelakon ialah Amir Ahnaf, seorang bintang muda yang sedang meniti nama dalam industri lakonan. Prestasinya sebagai watak Kahar dalam drama Projek: High Council, sebelum ini, telah mencuri perhatian ramai dan menjadi perbualan hangat di kalangan peminat drama.

        

perempuan itu cast

Kredit foto: Instagram Amir Ahnaf

         

4. Zul Ariffin, pelakon utama dalam naskhah ini, telah menjadi tumpuan pada tahun lalu selepas dia berkongsi klip babak panas lakonannya bersama Siti Hariesa, pelakon wanita dalam drama tersebut, di Instagram pada bulan Mac 2022. Tindakan itu mencetuskan kritikan hebat daripada wargamaya kerana babak aksi Zul yang mendukung Siti Hariesa dan adegan wanita itu menyuap krim putar ke mulutnya dianggap melampaui batas. Akibatnya, Zul telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 4 Oktober 2022 atas kesalahan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang bersifat sumbang. Beliau telah mengaku bersalah dalam perbicaraan dan dijatuhi denda sebanyak RM30,000.

         

episod perempuan itu

Kredit foto: Instagram Mimi Lana

       

5. Walaupun drama ini dikaitkan dengan kontroversi yang melibatkan pelakonnya, bagi Mimi Lana sebagai bintang utama, menganggap banyak hal yang telah dipelajari semasa penglibatannya dalam penggambaran tersebut. Isi drama ini menurutnya mengandungi banyak pengajaran dan teladan yang ingin disampaikan berkaitan dengan ilmu agama dan hak-hak seorang wanita dalam kehidupan berumah tangga. Malahan, yang lebih penting adalah tanggungjawab sebagai seorang wanita untuk meneruskan hidup yang diharapkan mampu memberi manfaat kepada penonton.

         

tonton perempuan itu

Kredit foto: Instagram Mimi Lana

         

6. Walaupun usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli pernah menjadi sasaran kritikan umum ketika cuba terlibat dalam industri nyanyian, namun, pengarah Erma Fatima tidak pernah bimbang untuk menjemputnya berlakon dan tidak juga kisah dikatakan mencari peluang dengan memanfaatkan kontroversi yang melibatkan Iqbal demi populariti drama. Menurut Erma, Iqbal juga telah mengikuti sesi uji bakat terlebih dahulu dan keputusan ini telah ditentukan oleh pengarah drama, Isma Yusoof, yang memberikan penilaian positif selepas melihat dia bersungguh-sungguh berlatih selama dua hari.

7. Erma bagaimanapun mengakui bimbang menjadi mangsa konten media sosial Iqbal seperti yang pernah dilakukan olehnya terhadap individu lain sebelum ini. Oleh itu, sebelum kejadian serupa berlaku, Erma telah memberikan amaran kepada lelaki itu sejak awal dan malah mengajak seorang rakan untuk menemani mereka dalam sesi perbincangan mengenai tawaran lakonan tersebut, demi mengelakkan sebarang dakwaan yang tidak diingini tersebar di internet.

8. Untuk makluman, penggambaran drama ini bermula pada tahun lalu, sekitar pada bulan Februari 2022.

          

pelakon perempuan itu 409

Kredit foto: Instagram Mimi Lana

         

9. Walaupun babak panas yang dilakonkan Siti Hariesa menarik perhatian, dengan netizen melontarkan kritikan hangat, namun jumlah pengikut di akaun laman sosial Instagramnya telah meningkat secara mendadak, dengan penambahan puluhan ribu pengikut baru sejak itu. Ketika Siti Hariesa dikatakan 'hilang' selepas kontroversi yang melibatkannya, dia sebenarnya sedang mengambil cuti selama sebulan selepas penggambaran. Tindakannya tidak membuat sebarang kenyataan adalah disebabkan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang tegang.

         

perempuan itu drama 132

Kredit foto: Instagram Mimi Lana

        

10. Zul Ariffin membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya lakonan di televisyen kerana dia ingin memberi fokus kepada slot drama eksklusif, platform over the top (OTT) dan premium. Antara punca utamanya adalah penglibatannya selama 13 tahun dalam industri drama TV yang membuatkannya ingin memberi laluan kepada pelakon-pelakon baru yang muncul. Tambahan pula, dia merasakan drama genre cinta yang sering dilakonkannya sudah dapat diduga, selain faktor segelintir produksi drama yang tidak serius.

        

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Lelaki Itu (TV3 & Tonton) Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lelaki Itu (Slot Samarinda TV3)

Baca: 8 Fakta Pelakon Siti Hariesa Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Siti Hariesa, Pelakon Drama Berepisod Perempuan Itu

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Perempuan Itu (Tonton)

       

perempuan itu sinopsis

novel perempuan itu 244

Kredit foto: Instagram Mimi Lana , Instagram Zul Ariffin

        

Kredit video: HIGHLIGHT: Episode 1 - Aku Mahu Khalish Menjaga Dan Melindungi Sifat Itu! | Perempuan Itu (2023)

        

Sumber:

1. Mimi Lana lega Perempuan Itu akhirnya ditayangkan

2. Erma tak hirau kecaman lamar Iqbal berlakon

3. Zul Ariffin tak pernah minta nak dukung heroin

4. Instagram Mimi Lana

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)