Kredit foto: Instagram Fala Zainal

    

Siapa Fala Zainal? Falahi Zainal Nazeri atau nama popularnya, Fala Zainal ini merupakan seorang instafamous dan model kelahiran Malaysia yang juga adalah anak kepada penyanyi yang popular pada sekitar tahun 1980-an iaitu Datin Suliza Salam.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Falahi Zainal Nazeri dan menggunakan nama komersial, Fala Zainal.
  • Berumur 24 tahun (2020) dan lahir pada 15 Februari 1996.
  • Berketinggian 5 kaki 4 inci.
  • Merupakan anak kepada penyanyi popular era 1980-an, Datin Suliza Salam dan juga usahawan, Datuk Zainal Nazri Zainuddin.
  • Anak kedua daripada tiga orang adik beradik yang mana adiknya, Ismail Izzani mencipta nama sebagai penyanyi, manakala kakaknya, Izzati Zainal pula sepertinya yang dikenali sebagai seorang instafamous.
  • Berkelulusan dalam bidang pengajian arkitek, beliau yang bekerja dalam bidang itu turut bergiat sebagai seorang model.
  • Laman Instagramnya yang menggunakan nama @falazainal sehingga kini mencatatkan lebih 92,000 angka pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Mewarisi kejelitaan ibunya dengan turut sama memiliki trademark ‘mata kucing’ yang cukup sinonim dengan Suliza.
  • Rupa parasnya dikatakan saling tak tumpah bak penyanyi Nabila Razali.
  • Turut mempunyai bakat dalam bidang lukisan.
  • Mencatatkan rekod keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti juga kakaknya.
  • Pandai bermain instrumen muzik seperti kebolehan yang dimiliki adik beradiknya yang lain.

    

Foto

fala zainal 794

instagram fala zainal 924

wikipedia fala zainal

kakak ismail izzani 361

keluarga ismail izzani 232

umur fala zainal

anak suliza salam

falahi zainal nazeri 182

datuk zainal nazri zainuddin

Kredit foto: Instagram Fala Zainal

    

Video

Kredit video: Manjanya ISMAIL IZZANI Dengan Dua Orang Kakak & Ibu, Datin Suzila Salam

    

Sumber:

1. Dah Besar Anak Selebriti Popular Ini! Semua Mewarisi Kejelitaan Ibu Masing-masing

2. Suliza harap anak tak lupa diri

3. "Meet My Beautiful Twin!" - Eh! Biar Betul Nabila Razali Ada Kembar?

4. Manjanya Ismail Izzani Dengan Dua Orang Kakak & Ibu, Datin Suzila Salam

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)