biodata khairul aming

Kredit foto: Instagram Khairul Amin Kamarulzaman

    

Siapa Khairul Aming? Khairul Amin Kamarulzaman atau nama popularnya, Khairul Aming merupakan seorang selebriti masakan media sosial Malaysia.

Beliau dikenali menerusi video resepi kreatif yang dikongsi hingga menerima jumlah like dan share yang tinggi di laman Facebook serta Instagram.

     

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman.
  • Menggunakan nama komersial, Khairulaming.
  • Berumur 28 tahun (2020).
  • Kelahiran Kota Bharu, Kelantan.
  • Bergiat sebagai selebriti masakan media sosial yang mula menghasilkan video resipi sejak tahun 2016.
  • Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @khairulaming sehingga kini mencatatkan lebih 2.5 juta pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Lebih mesra disapa dengan nama panggilan, Aming.
  • Tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang kulinari, juga asalnya tidak terfikir untuk berkecimpung dalam industi makanan dan minuman (F&B).
  • Terkenal dengan sikap peramah, mulut 'becok' dan jenakanya.
  • Video tutorial masakannya disifatkan ramai sebagai unik dan lain daripada yang lain kerana menyelitkan unsur drama dan komedi.
  • Meminati bidang masakan sejak kecil serta gemar menonton program masakan untuk mencuba resipi-resipi yang mudah dan sedap.
  • Membuat video tutorial masakan sekadar suka-suka untuk memenuhi masa lapang selepas pulang dari kerja.
  • Menghasilkan video dengan melakukan kesemua tugasan merangkumi kerja merakam, menyunting video serta menjadi chef - dalam masa sama beliau turut mendapat bantuan daripada empat orang rakannya.
  • Juga aktif menghasilkan filem pendek, video perkahwinan, pengembaraan serta muzik video untuk kumpulan indie.
  • Video tutorial masakannya kelihatan seperti kerja profesional dan berkualiti bak sebuah rancangan televisyen dan bertaraf antarabangsa. Manakala resipi yang dikongsi pula setaraf selebriti!
  • Tontonan video masakan di Instagramnya mencecah sehingga angka jutaan bagi setiap video, selain tular di laman Facebook dan Twitter.
  • Projek '30 video masakan untuk 30 hari puasa' kendaliannya merupakan antara yang paling dinantikan netizen setiap tahun apabila menjelangnya Raya Aidilfitri sejak tahun 2018.
  • Antara juadah yang dihasilkan merangkumi main dish, minuman dan pencuci mulut (desserts), seperti daging masak lada hitam, ayam madu, mango bingsu, ayam tandoori, cupcake pisang karamel dan banyak lagi.
  • Ada juga antara resipinya yang tidak menjadi kerana hakikat dirinya yang bukanlah seorang chef serta tidak mempunyai pendidikan khusus dalam bidang masakan, hanya berbekalkan minat mendalam untuk mempelajari pelbagai resipi bagi diketengahkan kepada umum.
  • Asalnya pengikut Instagram beliau hanya sekitar 800, namun selepas penghasilan video resipi kini mencecah 2.5 juta pengikut!
  • Video resipi pertamanya adalah hidangan muffin telur.
  • Di kalangan rakan-rakan, beliau dikenali sebagai seorang yang amat ceria, walaupun pada yang tidak mengenali barangkali beranggapan dia seorang yang pemalu seawal perkenalan.
  • Personalitinya di Instagram adalah perwatakannya yang sebenar dalam dunia nyata!
  • Tiga perkataan yang menggambarkan resipi dikongsinya adalah - "mudah, sedap dan menyelerakan!"
  • Terkenal dengan dua tagline iaitu 'Dapur Lonely' dan 'Hey what’s up guys'.
  • Kerjayanya sebagai 'tukang masak dalam talian' dikatakan bertitik tolak daripada minat yang mendalam terhadap dunia masakan, digabungkan dengan kemahiran videografi dimiliki.
  • Rakaman video dibuat menggunakan peralatan asas seperti tripod, kamera digital refleks lensa (DSLR) dan lampu untuk pencahayaan.
  • Mendapat idea resipi daripada internet, sebelum mengubah resipi asal tersebut untuk disesuaikan dengan bahan-bahan yang ada di dapur.
  • Kebanyakan resipi yang dikongsi merupakan resipi yang pernah dicubanya sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dahulu.
  • Resipi yang dipaparkan bersifat mudah supaya senang dipelajari umum dalam tempoh masa yang singkat.
  • Menyentuh kehidupan peribadi, beliau menempuh episod pahit apabila bapanya menghembuskan nafas terakhir pada Mac 2020.

    

Foto

khairul aming dulu

instagram khairul aming

wikipedia khairul aming

khairulaming

siapa khairul aming

khairul aming profile

khairul amin kamarulzaman

keluarga khairul aming

resipi khairul aming

umur khairul aming

Kredit foto: Instagram Khairul Amin Kamarulzaman

    

Video

Kredit video: Cheese Cake ft Datuk CT

    

Sumber:

1. Siapa sangka pengikut IG naik lebih 100,000 gara-gara video 'suka-suka'

2. [VIDEO] Netizen tak sabar tunggu 30 resipi Ramadan Khairul Aming

3. Amin Selebriti Masakan Socmed

4. 5 Fakta Menarik Mengenai ‘Kebecokan’ Khairul Aming!

5. 30 Hari 30 Menu, Khairul Aming Mulakan Dengan Air Sagu Gula Melaka

6. [VIDEO] “30 Resepi Untuk 30 Hari Puasa,”- Resipi Mudah Cara Khairul Amin, Top Macam Resepi Selebriti!

7. “Satu Benda Tak Sanggup Fikir Akan Jadi Dalam Hidup Aku…” Bapa Khairul Aming Meninggal Dunia

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)