Kredit foto: Instagram Asyalliee Ahmad

     

Siapa Asyalliee Ahmad? Siti Syasya Rosaelmi Ahmad atau nama popularnya, Asyalliee Ahmad merupakan seorang instafamous yang pernah tular suatu ketika dahulu gara-gara dialog videonya yang berbunyi, "Macam cantik je, macam comel je".

Namanya menjadi viral di media sosial, tambahan pula terdapat pelbagai versi parodi yang dihasilkan netizen berdasarkan rakaman asal tersebut.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Siti Syasya Rosaelmi Ahmad.
  • Menggunakan nama komersial, Asyalliee Ahmad, Asyalliee dan Syasya Solero.
  • Berumur 23 tahun.
  • Kelahiran Kulim, Kedah pada 26 Julai 1997.
  • Anak keempat daripada lima orang adik-beradik.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Eboy Arbaain pada Februari 2017 dan sehingga kini dikurniakan dua orang anak iaitu Haider Mikhail dan Siti Helena Adrianna.
  • Laman sosial Instagram atas nama @asyalliee mencatatkan lebih 1.5 juta pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Pernah tular menerusi rakaman video dengan dialog berbunyi "Macam cantik je, macam comel je".
  • Selepas menempa populariti, beliau memulakan kerjaya seni dengan membintangi beberapa buah iklan dan drama.
  • Kemunculannya di kaca televisyen, antaranya menerusi telefilem Secawan Kopi Sebungkus Roti di TV1 dan filem pendek Kaki Gebang di TV9.
  • Melancarkan single pengenalan berjudul I’m Lovely pada 20 Februari 2020.
  • Sewaktu awal pembabitan dalam dunia seni, beliau sering dikritik warganet kerana minatnya yang mendalam terhadap dunia K-pop, selain gaya solekan yang dikenakan.
  • Pernah menyimpan impian untuk mencipta nama dan melebarkan sayap ke pasaran Korea.
  • Pernah meletakkan sasaran untuk berlakon dan beraksi di pentas bersama kumpulan K-pop seperti EXO, BTS, Gixx, Infinite dan God Seven.
  • Sewaktu menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau memanfaatkan masa yang ada dengan mendalami ilmu sebagai seorang penyampai radio.

    

Lain-Lain Fakta

  • Seorang anak yatim piatu.
  • Bersifat peramah.
  • Gemar menghasilkan video tutorial solekan mekap untuk dimuat naik di Instagram dan akaun Youtube miliknya.
  • Meminati cabang seni lakonan, pengacaraan dan peragaan.
  • Memegang peranan sebagai brand ambassador untuk produk kecantikan K’Doll Beauty dan produk fashion Leeyana Rahman.
  • Merangkul pengiktirafan di Anugerah Instafamous 2017.

    

Foto

asyalliee ahmad 995

asyalliee

syasya solero

asyalliee im lovely

biodata syasya solero

kejayaan asyalliee

keluarga asyalliee ahmad

suami asyalliee ahmad 608

instagram asyalliee ahmad

wikipedia asyalliee ahmad

Kredit foto: Instagram Asyalliee Ahmad

    

Video

Kredit video: ASYALLIEE - I'M LOVELY (OFFICIAL MUSIC VIDEO)

   

Sumber:

1. Sasya belajar bahasa Korea

2. ‘5 Jam Tahan Sakit Contraction’ – Instafamous Asyalliee Selamat Lahirkan Anak Pertama

3. “Dah Macam Orang Gila Tahan Sakit,”- Instafamous Asyalliee Selamat Bersalin Anak Kedua, Kongsi Pengalaman

4. Hebatnya, Baru 10 Hari Bersalin ASYALLIEE Dah Turun 9 KG!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)