Kredit foto: Instagram Sofea Shra , Facebook Iman Sofeashaheera , X (Twitter) Sofea Shra

         

Siapa Sofea Shra? Dia adalah pempengaruh Malaysia yang antara mempunyai jumlah pengikut wanita paling ramai serta menjadi pilihan jenama antarabangsa dalam bidang fesyen dan kecantikan.

        

sofea shra nama penuh sebenar

        

Mendapat perhatian yang cukup besar di platform maya, namanya sudah cukup terkenal sebagai selebriti media sosial dengan lebih daripada 778,000 pengikut di TikTok dan 374,000 pengikut di Instagram.

        

Biodata

Nama komersial: Sofea Shra

Umur: 26 tahun (2024)

Tarikh lahir: 24 Januari 1998

Pendidikan: Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Perakaunan daripada Multimedia Universiti

Pekerjaan: Pencipta Konten, Pempengaruh Media Sosial, Model

Instagram (IG): @sofeashra

Tiktok: @sfeashraa

       

Latar Belakang

1. Bermula dengan perkongsian konten di Instagram secara tidak konsisten, sebelum aktif menghasilkan kandungan di TikTok pada tahun 2020 semasa PKP melanda negara.

2. Minatnya terhadap dunia kecantikan bermula sejak usia 12 tahun dengan penggunaan produk berbentuk penjagaan kulit.

3. Mula mengenakan solekan ketika berada di tingkatan dua.

3. Sewaktu tingkatan empat, Sofea mula belajar teknik solekan menerusi video tutorial di YouTube dan kemahirannya semakin berkembang sejak aktif di media sosial.

        

Fakta Sofea Shra

1. Berbintang Aquarius.

2. Kandungan media sosialnya merangkumi bidang fesyen dan kecantikan.

3. Kerjayanya mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya. Ibunya merupakan individu yang mendorongnya menceburi bidang ini kerana percaya pada keupayaan Sofea, walaupun pada awal Sofea sendiri ragu-ragu.

4. Dikatakan ramai seakan mirip pelakon Sharifah Rose sehingga dianggap bak adik-beradik kembar.

5. Jika diberi pilihan, Sofea juga berminat untuk menceburi bidang pengacaraan.

6. Pencipta konten kegemarannya ialah Meredith Duxbury dan Steph Hui.

7. Pernah tercalon dalam kategori Best Of Beauty & Fashion di TikTok Awards Malaysia 2023 dan diundang sebagai penyampai trofi di Gempak Most Wanted Awards 2023, bersama bintang, Maya Karin dan Rozita Che Wan.

8. Sofea juga dipilih sebagai salah seorang duta Sephora Malaysia dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar mereka.

        

Baca: Biodata Mua Bellaz (Muabellaz), Jurusolek Dan Usahawan Terkenal

Baca: Biodata Founder Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman (Yaana Lee), Usahawan Tudung Terkenal

Baca: Biodata Tyra Kamaruzzaman, Founder BeauTyra

        

Foto

sofea shra suami husband kahwin

sofea shra ketinggian height

sofea shra full name

sofea shra asal dulu

iman sofea shaheera

sofea shaheera

sofea shra umur

sofea shra wikipedia

sofea shra boyfriend

sofea shra age

sofea shra birthday

iman sofea shra

sofea shra

sofea shra instagram

Kredit foto: Instagram Sofea Shra , Facebook Iman Sofeashaheera , X (Twitter) Sofea Shra

        

Kredit video: A Week in My Life (please tengok)

      

Sumber:

1. Sofea Shra, Gadis Digital Favourite Masa Kini

2. TikTok Nona

3. Instagram Sofea Shra

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)