Kredit foto: Instagram Aisar Khaled & Aliff Jamil

 

Aisar Khaled merupakan antara pempengaruh yang sering diberikan perhatian serius oleh pengguna laman sosial kerana kandungan konten yang dikongsinya, penuh sensasi.

Namanya juga seakan sudah sinonim dengan kontroversi.

Namun, pada masa sama harus diakui pintu rezekinya terbentang luas dalam bidang lakonan mahupun ulasan berbayar di media sosial.

Kenali pencipta kandungan (content creator) viral, tinggi lampai ini menerusi 10 butiran mengenainya.

   

gambar aisar khaled

1. Aisar berumur 21 tahun (2021) dan dilahirkan pada 6 Ogos 2000.

aisar khaled

2. Sebelum berlakon, wajahnya dikenali sebagai personaliti media sosial yang aktif sejak di bangku sekolah menengah. Di ketika itu dia kerap menjalankan promosi untuk kempen dan jenama produk.

   

umur aisar khaled 758

3. Michael Ang merupakan pengarah pertama yang menyuntingnya sebagai pelakon seterusnya membuka jalan kepadanya menceburi seni lakonan menerusi drama sulung, Chandelier.

aisar khaled syasya

4. Lain-lain drama yang mengetengahkan bakatnya sebagai pelakon termasuk Lelaki Lingkungan Cinta, Misteri Wak Leman dan Ijam, juga filem Gila Gusti dan Hantu Kelima (Astro First).

aisar khaled hero remaja 800

5. Pernah melangkahkan kaki ke sesi ujibakat Pencarian Hero Remaja musim 2020 dan 2021, namun belum lagi mendapat peluang untuk beradu nasib sebagai peserta.

aisar khaled tiktok

6. Kerjayanya mendapat sokongan kuat daripada ahli kelab peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Aistars'.

7. Aisar dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan Instafamous, Syasya Rushdiena, namun pertalian yang dijalinkan itu katanya tidak lebih daripada sekadar rakan.

8. Meminati wanita yang bertudung, 'talkative', mahir memasak serta memahami karier yang diperjuangkan. Namun dirinya masih belum meletakkan soal cinta sebagai keutamaan kerana faktor usia yang muda.

abang aisar khaled

9. Tidak hanya Aisar, adik beradiknya yang lain iaitu dua abangnya yang dikenali dengan nama Aus Khalid dan Anas Khalid, juga membina pengaruh yang tersendiri di media sosial.

   

aisar khaled ig

10. Jumlah pengikut Instagram (IG) beliau kini mencecah 530,000, sementara akaun TikTok pula mengumpul 350,000 pengikut. Langganan di saluran Youtube melebihi 457,000!

        

Lebih info mengenai Aisar, baca artikel: 8 Fakta Aisar Khaled Yang Ramai Tak Tahu!

         

Untuk biodata asas Aisar, baca artikel: Biodata Penuh Instafamous Aisar Khaled (Aisar Khaledd)

Gambar

aisar khaled wikipedia

keluarga aisar khaled 690

adik beradik aisar khaled

Kredit foto: IG Aisar Khaled & Aliff Jamil

Kredit video: Q&A PART 1 - NEELOFA AJAK BERGAMBOR ?| RAMEN PEDAS HAWAU !!!

   

Sumber:

1. Wajah kacukan Aisar jadi kegilaan

2. Belum sedia bercinta! Aisar Khaled takut rapat-rapat dengan perempuan, nanti bagi harapan - “Muda-muda ni baik jaga ibu”

3. Instagram Aisar Khaled




Hakcipta iluminasi.com (2017)