Kredit foto: Instagram @sharleen_xo

       

Siapa Sabrina Sharleen? Sharleen merupakan antara bintang drama rantaian terkini, Keria Women, memainkan watak sebagai antara peranan utama.

Dilakonkan Rita Nadira, Fify Azmi, Ezaidi Aziz, Marc Syahmie, Raja Ema, Shy Rim, Muazmeer Mohsin dan ramai lagi, siri arahan Rusdi Ramli ini bakal menemui penonton melalui slot Lestary TV3 bermula 8 Julai 2023.

        

Biodata

Nama sebenar: Sabrina Sharleen Sugiman

Nama komersial: Sabrina Sharleen, Sharleen

Umur: 26 tahun (2023)

Tarikh lahir: 27 Julai

Kerjaya: Pelakon

Instagram (IG): @sharleen_xo

       

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Pada Disember 2021, hubungan antara Sharleen dan pelakon Zul Ariffin pernah menjadi tanda tanya di kalangan pengguna internet apabila mereka berkongsi foto selfie berdua di Instagram, di mana Sharleen yang memuat naik gambar itu terlebih dahulu sebelum dikongsi semula oleh Zul.

2. Walaupun begitu, Sharleen kemudian menerangkan bahawa mereka telah berkenalan sejak tiga tahun yang lalu dan juga pernah bersua beberapa kali, namun hubungan mereka hanya terbatas sebagai teman biasa sahaja. Sharleen memuat naik gambar mereka dengan tujuan mengusik para pengikut Instagramnya yang kebanyakannya adalah peminat Zul.

3. Sebelum ini Sharleen pernah menyatakan keinginannya kepada Zul untuk berlakon bersamanya dengan harapan dapat belajar daripada aktor senior itu. Akhirnya, harapannya tercapai apabila Zul membantu dan menarik Sharleen untuk memegang peranan sebagai pelakon tambahan dalam drama Tarik Aku ke Syurga.

4. Sharleen sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan. Namun, kemudian beliau memutuskan untuk menjalankan kerjaya sebagai ejen insurans dan perunding unit amanah.

5. Meskipun masih baru dalam dunia hiburan, Sharleen sehingga kini mempunyai pengalaman membintangi beberapa drama melayu bersiri seperti Melur Untuk Firdaus, Melur Untuk Firdaus Musim 2, Tarik Aku Ke Syurga dan Keria Women.

      

Gambar

sabrina sharleen instagram

sharleen xo

sabrina sharleen wikipedia

sabrina sharleen umur

sabrina sharleen zul ariffin

sabrina sharleen drama

keria women

pelakon keria women

drama keria women

sabrina sharleen 335

sabrina sharleen sugiman

Kredit foto: Instagram @sharleen_xo

       

Sumber:

1. Bekas pramugari ini buat peminat Zul Ariffin patah hati, rupa-rupanya dah tiga tahun kenal

2. 'Dia bukan kekasih saya'

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)