Kredit foto: Instagram @rihanapetra

     

Biodata Dan Kronologi Kehidupan

1. Kelahiran Astrakhan, Rusia pada 10 Julai 1992.

2. Berusia 27 tahun.

3. Membesar di Taganrog, daerah Rostov-on-Don (juga melalui alam persekolahan di sini).

4. Zaman remajanya dimanfaatkan mendalami subjek Bahasa Inggeris menerusi pengajian di ‘Summer School’, Oxford.

5. Berhijrah ke Moscow pada 2009 sebelum menempatkan diri sebagai penuntut di ‘Plekhanov Russian University of Economics’ bagi pencapaian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi yang diterima pada 2013.

6. Memegang gelaran Ratu Cantik Miss Moscow pada 2015.

7. Kemudiannya berkecimpung dalam dunia fesyen yang membawa kepada penerbitan pakaian renang jenamanya sendiri.

8. Dalam waktu sama, Oksana menyambung pelajaran di ‘Moscow School of Radio and Television’ sebelum layak menerima Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengurusan, setahun kemudian.

9. Menyifatkan dirinya sebagai pakar dalam bidang pemasaran antarabangsa.

10. Pada 2016, dia mengusahakan salun kecantikan beroperasi di Moscow, kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2017.

11. Menamatkan zaman solo dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V melalui rumah tangga yang didirikan pada Jun 2018.

12. Menurutnya, pertemuan pertama mereka terjadi ketika di Eropah sewaktu musim bunga pada 2017.

13. Pasangan ini menyambut cahaya mata sulung lelaki, Tengku Ismail Leon Petra yang juga Tengku Mahkota Kelantan pada Mei 2019.

     

*Untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai Oksana, ikuti laman sosial Instagramnya, @rihanapetra yang sehingga kini sudahpun mengumpul lebih 315,000 pengikut.

    

Foto

biodata rihana oksana petra isteri sultan kelantan 2

biodata rihana oksana petra isteri sultan kelantan 3

biodata rihana oksana petra isteri sultan kelantan 4

biodata rihana oksana petra isteri sultan kelantan 5

biodata rihana oksana petra isteri sultan kelantan 6

biodata rihana oksana petra isteri sultan kelantan 7

biodata rihana oksana petra isteri sultan kelantan 8

biodata rihana oksana petra isteri sultan kelantan 9

Kredit foto: Instagram @rihanapetra

      

Sumber:

1. Instagram @rihanapetra

2. Astro Gempak [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)