Kredit foto: Instagram Shalma Ainaa

    

Shalma Ainaa merupakan seorang pengacara Malaysia yang juga kakak kepada penyanyi Shalma Eliana.

Beliau menempa populariti sebagai personaliti televisyen apabila bakatnya dalam bidang pengacaraan mula mendapat perhatian menerusi program hiburan, Motif Viral.

    

Biodata Shalma Ainaa

1. Pemilik nama penuh, Shalma Ainaa Bruhanuthen.

2. Menggunakan nama komersial Shalma Ainaa, namun lebih mesra disapa Shal.

3. Berumur 29 tahun.

4. Berkelulusan dalam jurusan Fashion Management daripada institusi pengajian di London, United Kingdom (UK).

5. Merupakan seorang hos yang pernah mengendalikan program Motif Viral, Hlive dan Pop! Express.

6. Bakatnya dalam bidang pengacaraan dicungkil daripada program realiti, On Air 2 pada tahun 2014.

7. Mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Wan Imar Izzat pada 17 September 2016 selepas mengikat tali pertunangan pada 10 April, tahun sama. Wan Imar Izzat adalah anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

8. Akaun Instagramnya yang menggunakan nama @shalmaainaa sehingga kini sudah mencatatkan lebih 180,000 pengikut.

     

Fakta Menarik

  • Kakak kepada penyanyi baharu, Shalma Eliana.
  • Bakatnya dalam bidang penyiaran dicungkil oleh pengacara tersohor, Aznil Nawawi (Pak Nil).
  • Merupakan pemilik jenama fesyen Shals yang diusahakan bersama kakaknya di mana perniagaan butiknya pernah menjalinkan kerjasama dengan selebriti popular seperti Neelofa.
  • Meminati fesyen di mana beliau terlebih dahulu meneroka bidang itu sebelum terjun ke dunia pengacaraan.
  • Perkenalannya dengan suami, Wan Imar bermula selepas sama-sama mengikuti pengajian di UK, empat tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin.

    

Baca: Info Penuh Majlis Kahwin Dan Nikah Mira Filzah & Wan Emir Astar

Baca: Biodata Mira Filzah

Baca: Biodata Wan Emir Astar

Baca: Giliran Wan Emir Astar Buka Mulut Kisah Perkenalan Dengan Mira Filzah

Baca: Biodata Penyanyi Wan Imar Izzat, Adik Wan Emir Astar

Baca: Biodata Penyanyi Shalma Eliana, Adik Pengacara Shalma Ainaa

    

Foto

shalma ainaa

wan emir astar 235

wan imar

shalma aina

wan emir mira 714

mira filzah bertunang 905

kekasih mira filzah 851

biodata datin mastura mohd yazid

Kredit foto: Instagram Shalma Ainaa

    

Video

Kredit video: And That's How We Met! - Q&A With My Husband

    

Sumber:

1. Shalma nikah September

2. Shalma Ainaa-Wan Imar Izzat selamat diijab kabul

3. Oh! Dalam Diam Ini Rupanya Kerja Aidid Marcello & Shalma Ainaa

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)