Pada Isnin, 24 April 2017 bersamaan 27 Rejab 1438H, telah berlangsungnya majlis pertabalan Sultan Muhammad ke V sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia ke 15 di Istana Negara, Kuala Lumpur. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Sultan Muhammad V yang dapat kami kongsikan hari ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+


1. Nama asal baginda adalah Tengku Muhammad Faris Petra, putera sulung kepada Sultan Ismail Petra, menggunakan gelaran Sultan Muhammad V selepas ditabalkan sebagai Sultan Kelantan ke 29 pada 2010.

iluminasi agong sultan kelantan5

2. Dilahirkan pada 6 Oktober 1969, baginda mendapat pendidikan awal di Fatima Convent Kindergarten pada tahun 1975 dan 1975, Sekolah Sultan Ismail 1, Kota Bharu kemudian menyambung pendidikan di Sekolah Antarabangsa Alice Smith, Kuala Lumpur dan ke Oakham Schoold Rutland, England sehingga tahun 1989.

iluminasi agong sultan kelantan10

3. Baginda melanjutkan pendidikan dan pengajian tertiari dalam bidang kajian diplomatik di St.Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies dalam tahun 1989 hingga 1991. Pada masa yang sama beliau sempat belajar di Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin dan belajar bidang Pengurusan Perniagaan Eropah di European Business School London.

iluminasi agong sultan kelantan4

4. Baginda mempunyai 3 orang adik iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, 42, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 38, and Tengku Amalin A'ishah Putri, 32.

iluminasi agong sultan kelantan11 550

5. Dilaporkan yang hobi baginda adalah membaca. Baginda juga gemarkan sukan ekspedisi empat roda, menunggang kuda, menembak, memanah, bermain badminton, bolasepak, bowling dan juga gemar sukan go-kart.

iluminasi agong sultan kelantan13

6. Baginda kini dilantik sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 19 September 2011.

iluminasi agong sultan kelantan

7. Beberapa perkara menarik mengenai baginda adalah baginda lebih gemar mengenakan jubah, berbaju Melayu, berkain pelekat dan berkopiah ketika menghadiri majlis di masjid.

iluminasi agong sultan kelantan8

8. Baginda juga disebut sebagai seorang pencinta haiwan. Baginda pernah memelihara tiga ekor singa sebelum dua daripadanya mati dipatuk ular. Baginda juga memlihara haiwan-haiwan lain seperti kucing, kuda, ayam dan burung sebagai hobi. (dalam gambar - Pengurus Royal Kelantan Endurance Tuan Ngah Tuan Muda bersama singa peliharaan baginda)

iluminasi agong sultan kelantan15

9. Baginda menggunakan gelaran Sultan Muhammad V kerana namanya mengandungi nama Muhammad. Baginda juga menggugurkan penggunaan lafaz "Daulat Tuanku" dan diminta ganti dengan lafaz "Allahuakbar."

iluminasi agong sultan kelantan12

10. Nasihat berguna baginda kepada orang ramai berbunyi begini ; Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

iluminasi agong sultan kelantan16




Hakcipta iluminasi.com (2017)