Kredit foto: Instagram Dato Seri Dr Hajah Vida & Facebook Sayang Sayang DSV

Populariti Datuk Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya, Dato Sri Dr Hajah Hasmiza Othman yang terkenal menerusi produk kesihatan, Pamoga sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

Kehangatan kisah percintaan dan perkahwinannya kebelakangan ini juga telah meletuskan namanya secara viral di media sosial.

Namun apa yang ramai tidak tahu adalah latar belakang kehidupannya sebelum dikenali umum.

dato vida 271

Kredit foto: Instagram Dato Seri Dr Hajah Vida

Berikut dikongsikan kisah kehidupan DSV sebelum mendapat liputan meluas dan menggegarkan Malaysia dengan kekayaan dan kejayaan-kejayaan yang dimilikinya.

Kronologi Hidup

iqbal vida 472

Kredit foto: Instagram Dato Seri Dr Hajah Vida

Siapa sangka Vida suatu ketika dahulu pernah dibesarkan dalam kehidupan yang susah tanpa kasih sayang seorang ayah.

Pengalaman berada dalam keluarga yang kurang berada telah mendidik Vida untuk lebih berdikari. 

Dia mengenal kesempitan hidup selepas bapanya, Othman Abdullah, yang memiliki sebuah kilang papan, meninggal dunia ketika dia berumur sembilan tahun.

datuk vida 774

Kredit foto: Instagram Dato Seri Dr Hajah Vida

Sepemergian bapa, ibu Vida menoreh getah demi meneruskan kehidupan mereka anak beranak. Manakala Vida pula menjual kacang putih dan nasi bungkus ketika sesi persekolahan, bagi membantu meringankan bebanan ekonomi keluarga.

Sewaktu menyambung pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, Vida melakukan pelbagai jenis pekerjaan sambilan, antaranya berniaga, bekerja di kilang dan restoran makanan segera, KFC.

Menurut Vida, ibunya sanggup menjual sebidang tanah demi membiayai pengajian beliau ketika di USM.

datuk seri vida 28

Tamat sahaja pengajian, Vida berkhidmat sebagai guru untuk subjek Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Poi Lam, Ipoh dengan pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan.

Dia mencabar diri menceburi dan mempelajari bidang kecantikan yakni dandanan rambut dan solekan, sebelum membuka perniagaan salun kecantikan sendiri bermodalkan RM100,000 yang dipinjam dari bank.

Menambah modal sedia ada, Vida turut berniaga di pasar malam, selain menjual makanan dan telekung.

dato vida biodata

Menamatkan khidmat sebagai guru selepas 12 tahun, dia beralih sebagai tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) untuk kursus dandanan rambut dan solekan.

   

Ketika mendidik anak muridnya, dari situ timbul idea untuk menghasilkan produk pencuci muka keluaran sendiri yang membawa kepada kelahiran perniagaan kosmetik 'Vida Beauty'.

umur dato vida 96

Kredit foto: Instagram Dato Seri Dr Hajah Vida

Kegagalan dalam pengiklanan produk menyebabkan Vida berasa tertekan lantas menghidap penyakit tekanan darah tinggi, yang kemudian mencetuskan ilham untuk pemasaran produk kesihatan terbaharu diberi nama Pamoga.

Pamoga hanya terjual 500 botol dalam masa setahun, namun hanya selepas Vida tampil mengiklankan sendiri di radio RTM Kelantan FM, baru jualannya melonjak naik sehingga 100,000 botol sebulan!

Ia tidak termasuk jualan 100 produknya yang lain yang mana kesemua mencapai lapan angka jualan sebulan, selepas hampir 10 tahun Vida mengabdikan diri dalam bidang perniagaan.

anak dato vida 662

cik b 185

Kredit foto: Instagram Dato Seri Dr Hajah Vida & & Facebook Sayang-Sayang DSV

Perkahwinan pertamanya dengan Mohd Amin Yasin pada 2000 hingga 2008, dianugerahkan empat orang cahaya mata. Selain Nur Edlynn Zamileen yang juga terkenal sebagai Cik B dan Muhammad Eric Zecquan (Kacak), anak pertama dan keduanya adalah Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie, 10, yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di kediaman rumah Vida di Meru Hill, Ipoh pada 3 Ogos 2013, beberapa hari sebelum berlangsungnya sambutan hari raya Aidilfitri.

dato sri vida

Kredit foto: Facebook Sayang Sayang DSV

Untuk biodata asas Vida, anda boleh baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Dato Seri Vida

Baca: Biodata Qush (Syed Qusyairi), Pembantu Peribadi (PA) Baru Dato Seri Vida

Baca: Biodata Ahmad Iqbal Zulkefli, Pembantu Peribadi (PA), Bakal Suami Dato Seri Vida?

Baca: Biodata Fairuz Ahmad Zainuddin, Bekas Suami Dato Seri Vida

Baca: Biodata Cik B, Anak Dato Seri Vida

Baca: Biodata Kacak, Anak Dato Seri Vida

Baca: Ini Rupanya Keputusan UPSR Anak Dato Seri Vida Yang Buat Ibunya Terkejut!

Baca: Biodata Ahmad Weldan Zulkefli, Adik Iqbal Zulkefli, Founder Vitamilk

Baca: Biodata Anes Ayuni (Ayunie), Adik Ipar Iqbal Zulkefli, Founder Vitamilk

        

dato seri vida 30

dato vida kahwin 842

Kredit foto: Instagram Dato Seri Dr Hajah Vida

Kredit video: Anak pengasas Vida Beauty mangsa kebakaran

Sumber:

1. Vida: Cekal bangkit setelah berkali-kali jatuh

2. Rahsia Datuk Vida bina empayar perniagaan




Hakcipta iluminasi.com (2017)