Kredit foto: Instagram Lisa AF 2015

    

Penyanyi Lisa AF2015 kembali mendapat perhatian selepas pengacara Akhmal Nazri mengumumkan bakal mengikat tali pertunangan dengan gadis berbangsa Iban ini.

Barangkali ramai yang tidak tahu, Lisa merupakan antara bakat kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 seangkatan dengan Syamel, Sufi dan Sharul Kamal.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Allyssa Joanne Anak Jambi. Menggunakan nama pentas, Allyssa Joanne atau Lisa.

2. Berusia 26 tahun (2019).

3. Berasal dari Sarawak.

4. Berkelulusan diploma dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Damansara.

5. Menempa populariti selepas penyertaan dalam program realiti Akademi Fantasia 2015 (AF2015) musim ke-12. AF2015 antara lain melahirkan penyanyi Syamel, Sufi dan Sharul Kamal.

6. Kini masih bergiat sebagai penyanyi secara sambilan dengan memenuhi tawaran persembahan di waktu lapang. Dalam masa sama, beliau berkhidmat sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan.

    

Fakta Menarik

  • Berketurunan suku kaum Iban.
  • Pernah bergelar penari sewaktu berusia 18 tahun menerusi tarian berkonsepkan tradisional Sarawak dan tarian moden.
  • Bakat seninya diwarisi daripada ibunya yang merupakan bekas penyanyi lagu-lagu Iban. Manakala bapanya pula seorang pemuzik.
  • Datuknya yang sudah meninggal dunia pada 2009 merupakan individu yang paling ingin melihat kemunculan Lisa dalam program AF kerana mahu cucunya itu berada dalam kalangan bintang AF kelahiran Sarawak.
  • Mempunyai kemahiran bermain instrumen muzik, gitar.
  • Juga berbakat dalam penciptaan lagu dan penulisan lirik. Beliau menghasilkan sebuah lagu berbahasa Iban berjudul 'Sampai Penghujung Nyawa'.
  • Meminati genre muzik pop rock ala 'Demi Lovato'.
  • Sukakan kanak-kanak.
  • Mengidam kerjaya sebagai guru tadika.

    

Info Hubungan Cinta Dengan Akhmal Nazri

  • Bakal mengikat tali pertunangan dengan Akhmal dalam tempoh terdekat, sebelum ke jinjang pelamin hujung tahun hadapan.
  • Pasangan ini terlebih dahulu menyulam cinta selama tiga tahun.
  • Akhmal melamar Lisa pada hujung minggu lalu ketika sama-sama berkunjung ke kampung halaman Lisa di Bintulu, Sarawak.
  • Mula berkenalan ketika Lisa diundang sebagai tetamu rancangan AM Live yang dikendalikan Akhmal di Astro Ria.
  • Lisa masih dalam proses mendalami Islam sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.

   

Foto

lisa af 2015

lisa af2015

instagram lisa af 2015

allyssa joanne

af 2015

biodata lisa af 2015

lisa af 2015 akhmal nazri

lyssa jean

biodata akhmal nazri

Kredit foto: Instagram Lisa AF2015

    

Sumber:

1. Wikipedia Akademi Fantasia_Musim 12

2. Laman Akademi Fantasia

3. Rachel, Lisa Gagal Ke Final AF 2015

4. Akhmal Nazri Lamar Lisa AF 2015, Bakal Berkahwin Tahun Hadapan

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)