Kredit foto: Instagram Fikry Kiki

    

Muhammad Fikry Izzudin Mohd Fuad atau nama popularnya, Fikry Kiki merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara Malaysia.

Bakatnya dicungkil daripada pertandingan nyanyian cilik, Bintang Kecil 2013 dan Ceria Popstar 3 (2015).

   

Biodata

  • Nama penuhnya, Muhammad Fikry Izzudin bin Mohd Fuad.
  • Menggunakan nama komersial, Fikry Kiki.
  • Berumur 16 tahun.
  • Lahir pada 22 April 2004.
  • Berasal dari Melaka.
  • Anak kepada pasangan Mohd Fuad (bapa) dan Nur Farhana Mariah Abdullah (ibu).
  • Anak kedua daripada dua orang adik beradik - mempunyai seorang kakak.
  • Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Ayer Molek dan Sekolah Menengah Kebangsaan Air Molek, Melaka.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon, penyanyi dan pengacara.
  • Bakat nyanyiannya dikesan menerusi pertandingan Ceria Popstar musim ketiga pada tahun 2015 yang menobatkannya sebagai pemenang tempat ketiga.
  • Lain-lain pencapaiannya termasuk memenangi Bintang Kecil RTM Melaka 2013, bergelar finalis akhir Bintang Kecil 2013, Johan Nyanyian Solo Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Melaka 2013 dan Johan Dondang Sayang Belia Negeri Melaka 2013.
  • Pernah mempopularkan single Takkan Terpadam.
  • Lakonannya di layar kaca, antaranya menerusi siri Tak Ada Cinta Sepertimu, Salam Squad, Geng UPSR, SMK, telefilem Sedikit Waktu, Suatukala: Timun Mas & Ijo dan banyak lagi.
  • Laman Instagramnya atas nama akaun @fikrykiki.official sehingga kini mencatatkan lebih 770,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Memegang peranan sebagai penyanyi okestra Jabatan Pelajaran Melaka sejak tahun 2010.
  • Juga bergelar penyanyi okestra Kem Muzik Kementerian Pelajaran Malaysia 2013. Permata Seni Dondang Sayang Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara / Negeri Melaka.
  • Bergiat aktif sebagai penyanyi dondang sayang dan lagu Melayu Asli bersama kombo Melaka FM.
  • Menyimpan impian untuk bergelar pengarah muzik suatu masa nanti.

    

Foto

fikry kiki

ibu fikry kiki

bapa fikry kiki

umur fikry kiki

instagram fikry kiki

drama fikry kiki

wafiy ilhan 755

fikry kiki dulu

fikry kiki terkini

wikipedia fikry kiki

profil fikry kiki

latar belakang fikry kiki

Kredit foto: Instagram Fikry Kiki

    

Video

Kredit video: Ceria Popstar 3: Konsert 3 - Fikry (Tiga Malam Tanpa Bintang)

    

Sumber:

1. Profil Kiki Bintang Kecil

2. Dayang Juara 'Ceria Popstar 3'

3. Instagram Fikry Kiki

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)