Kredit foto: Instagram Alyssa Dezek

    

Siapa Alyssa Dezek? Aryanna Alyssa Dezek atau nama komersialnya, Alyssa Dezek merupakan seorang penyanyi rakaman, aktres dan personaliti Youtube Malaysia.

Artis cilik ini mencipta rekod sebagai satu-satunya selebriti yang berada di carta 10 teratas paling banyak dilanggan di YouTube Malaysia.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Aryanna Alyssa Dezek.
  • Menggunakan nama pentas, Alyssa Dezek.
  • Berumur 12 tahun.
  • Lahir pada 21 April 2008.
  • Berasal dari Kuala Lumpur.
  • Anak sulung daripada dua orang adik-beradik.
  • Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.
  • Mendapat tempat dalam dunia hiburan selepas menyertai program Ceria All Star di Astro Ceria ketika masih berumur tujuh tahun. Antara lain, beliau turut tersenarai sebagai salah seorang peserta program Ceria Mega Star pada 2018.
  • Antara lagu dipopularkannya termasuk single Lagu Untuk Kamu yang diterbitkan pada November 2019, selain Ma Dan Pa, Bintang dan Duniaku.
  • Drama dibintanginya seperti Kasut Bola Pink, Patahnya Sebelah Sayap, Anak Anak Ibu, Jangan Sembelih Merah, Lambor Kanan Belakang Dewan, Ghahim Takut Nak Azan, Mimpi Sumi, Bebel an banyak lagi.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @alyssa_dezek_official sehingga kini mencatatkan lebih 634,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Anak kepada Suzanne Sahri (ibu).
  • Mengumpul 2.55 juta pengikut di Youtube yang didaftarkannya pada tahun 2012.
  • Merupakan satu-satunya selebriti yang menduduki carta 10 teratas langganan terbanyak di YouTube Malaysia iaitu di tangga kesembilan.
  • Lagu Untuk Kamu nyanyiannya yang dicipta oleh komposer Indonesia, sehingga kini mencatatkan lebih 33 juta tontonan di Youtube, selain 'trending' di negara seberang.
  • Berkebolehan bermain instrumen muzik ukulele, gitar dan biola.
  • Minatnya terhadap ukulele mula bercambah selepas melihat alatan muzik itu dijual di sebuah pasar raya.
  • Menggunakan laman Youtube sebagai panduan untuk mempelajari ukulele buat kali pertama ketika usianya empat tahun. Beliau kemudian mengembangkan kemahiran itu dengan menyertai kelas muzik.
  • Antara lagu covernya yang menjadi tular, seperti lagu Kun Anta nyanyian asal Humood Alkhudher, Merindukanmu (Dash Uciha), Tak Tun Tuang (Upiak Isil) dan Despacito (Luis Fonsi ft. Daddy Yankee).

    

Foto

alyssa dezek

adik beradik alyssa dezek

umur alyssa dezek

siapa alyssa dezek

instagram alyssa dezek

keluarga alyssa dezek

ibu bapa alyssa dezek

profil alyssa dezek

alyssa dezek lagu untuk kamu

lagu untuk kamu

lagu alyssa dezek

Kredit foto: Instagram Alyssa Dezek

    

Video

Kredit video: Alyssa Dezek - Lagu Untuk Kamu [Official Music Video]

    

Sumber:

1. Video nyanyian Alyssa Dezek 'trending'

2. Alyssa di tangga ke- 9 carta YouTube Malaysia

3. Youtube Alyssa Dezek

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)