Biodata

Nama pentas: Lucinta Luna

Tarikh lahir: 16 Jun 1992

Umur: 26 tahun

Asal: Jakarta, Indonesia

Pekerjaan: Penyanyi

Media sosial: Instagram @lucintaluna

Fakta Menarik

1. Merupakan bekas penari dan model.

2. Kerjayanya sebagai penyanyi dangdut bermula melalui penubuhan kumpulan Duo Bunga bersama seorang lagi ahli iaitu Ratna Pandita.

3. Kumpulan itu cukup dikenali menerusi tarian yang digelarkan sebagai 'Bunga Mekar'.

4. Mereka juga pernah mengadakan persembahan di Malaysia dan difahamkan, pengurus kumpulan ini sedang dalam usaha membawa nama kumpulan tersebut ke peringkat antarabangsa.

5. Bagaimanapun nama Lucinta mula hangat sejak awal 2018 selepas dakwaan yang mengatakan dirinya sebenarnya adalah seorang transgender.

6. Beliau juga dikatakan pernah mengikuti rancangan realiti 'Be A Man', sebuah program yang membantu untuk mengubah golongan 'pondan' kembali ke fitrah asal. Malah seorang individu bernama Merlyn Sopjan mendakwa dirinya adalah mentor kepada Lucinta yang ketika itu menggunakan nama Cleo Vitru. Namun sehingga kini perkara itu masih dinafikan Lucinta.

7. Lucinta mengatakan tubuh yang dimilikinya adalah hasil daripada pelbagai rawatan yang dijalani yang keseluruhannya bernilai Rp1 miliar. Namun dalam masa sama, beliau tetap menegaskan dirinya adalah seorang wanita tulen dan tidak pernah melakukan sebarang pembedahan jantina.

8. Isu transgender mula tersebar selepas Lucinta berkongsi foto intim bersama aktor Mike Lewis yang juga bekas suami kepada aktres Tamara Bleszynski. Netizen memberikan pelbagai reaksi yang mana rata-ratanya tidak menyenangi perhubungan mereka lalu isu transgendernya dibangkitkan ke pengetahuan umum.

9. Kumpulan Duo Bunga dianggotainya yang dahulunya mendapat pelbagai tawaran dari Singapura, Hong Kong hingga Brunei, bagaimanapun mengalami zaman kejatuhan selepas Lucinta terpalit dengan isu transgender tersebut. Mereka tidak lagi mendapat tawaran, malah banyak kontrak besar dibatalkan begitu sahaja.

10. Demi menafikan dirinya transgender, Lucinta telah mempamerkan sijil kelahiran beliau kepada umum dengan nama sebenar yang tertulis  iaitu Putri Ayluna. Bagaimanapun tarikh pengesahan yang ditandatangani oleh Ketua Penduduk tidak pula ditayangkan.

11. Sumber mengatakan nama sebenar Lucinta adalah Muhammad Fattah.

Foto Terkini 

biodata penuh lucinta luna penyanyi lagu bobo dimana 2

biodata penuh lucinta luna penyanyi lagu bobo dimana 3 62

biodata penuh lucinta luna penyanyi lagu bobo dimana 7

biodata penuh lucinta luna penyanyi lagu bobo dimana 4 81

biodata penuh lucinta luna penyanyi lagu bobo dimana 5

biodata penuh lucinta luna penyanyi lagu bobo dimana 6

Kredit:

1. Utusan Online

2. viva.co.id

3. Instagram Lucinta Luna




Hakcipta iluminasi.com (2017)