Kredit foto: Instagram Tia Jinbara

        

Siapa Tia Jinbara? Penyanyi bersuara nyaring ini sebelumnya adalah vokalis kumpulan Jinbara yang terkenal dengan lagu "Farhana (Puteri Bumi Kenyalang)", sebuah karya yang mencapai status hit pada tahun 2007.

Selanjutnya mengenai beliau dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

            

Biodata

Nama sebenar: Shamsul Bakhtiar bin Zakaria

Nama komersial: Tia Jinbara

Umur: 53 tahun (2023)

Tarikh lahir: 20 Julai 1970

Asal: Felda Soeharto, Selangor

Keluarga: Suzan Ahmad (isteri) dan tiga orang anak tiri; Ahmad Naqiuddin, Qystina Nayli, Ahmad Nifail.

Pekerjaan: Penyanyi, Komposer, Penulis Lirik

Instagram (IG): @tia_jinbara

         

Latar Belakang

1. Merupakan seorang 'rocker' yang memulakan kerjayanya sebagai vokalis kumpulan Platinum, dengan album yang memuatkan lagu hit "Kiasan Andrea" pada tahun 2003.

2. Tia seterusnya menyertai kumpulan Jinbara sebagai pengganti kepada vokalis Jinbara terdahulu, iaitu Yabang.

3. Beliau mula bergabung dengan kumpulan ini melalui album "Patah Pusing" pada 2007 yang mengandungi lagu yang sangat popular, "Farhana (Puteri Bumi Kenyalang)".

4. Tia bersama Jinbara untuk kali terakhir bekerjasama adalah dalam album "Kolaborasi Mental" pada 2012.

5. Album-album lain yang diterbitkan oleh mereka termasuklah "Suara Kita" (2008) dan "Interpretasi Mental" (2010).

6. Dalam senarai lagu terkenal lainnya bersama Jinbara seperti Patri, Cinta Semalam dan Zakiah Zakiah (nyanyian semula, bersama Ahli Fiqir).

7. Pada 2017, program realiti Gegar Vaganza Musim 4 (GV4) menjadi landasan bagi kebangkitan semulanya dalam arena seni suara, di mana dia berjaya menjadi finalis akhir dalam musim tersebut - bersaing dengan 11 penyanyi terkenal iaitu Datuk Aishah, Liza Hanim, Hazami, Aqasha, Firman, Haida, Ferhad, Raja Azura, Elyana, Syura dan Lan Solo (Kristal).

8. Lagu-lagu yang telah dihasilkannya sebagai penyanyi solo merangkumi Happy Happy Saja, Semua Keranamu, Katakanlah dan Ramadan.

9. Tia memilih untuk berkahwin di usia 39 tahun pada 24 Mei 2009 dengan Suzan Ahmad, yang dulunya seorang wartawan Berita Harian (BH). Pada masa itu, Suzan telah menjanda selama dua tahun dan merupakan ibu tunggal kepada tiga orang anak, iaitu Ahmad Naqiuddin, Qystina Nayli dan Ahmad Nifail. Kini isterinya ini berperanan sebagai pengurus kepada karier seni Tia.

10. Dalam pengembaraan kerjayanya di industri hiburan, Tia pernah bersaing di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-22 pada 2008, menerusi lagu "Farhana (Puteri Bumi Kenyalang)" bersama dengan Jinbara.

11. Pada November 2023, beliau yang menderita sakit telah disahkan menghidap barah (kanser) hati semasa menjalani rawatan di Hospital Shah Alam.

           

Baca: Biodata Penyanyi Bad Indigo, Bekas Suami Ashira Aziz Yang Meninggal Dunia

          

Foto

tia jinbara

jinbara

Jinbara, yang sebelumnya dikenali sebagai Tropika, telah aktif dalam industri hiburan sejak tahun 2000 dan terkenal melalui lagu-lagu hit seperti Cinta Pantai Merdeka, Kasihnya Laila, Sudah Sudahlah dan Hilang.

vokalis jinbara

tia jinbara umur

suzan ahmad

tia jinbara dan isteri

penyanyi jinbara

jinbara farhana

tia jinbara gegar vaganza

tia jinbara wikipedia

kumpulan jinbara

tiar jinbara

lagu jinbara

tia jinbara sakit

Kredit foto: Instagram Tia Jinbara

         

Kemaskini: Beliau meninggal dunia pada kira-kira pukul 9.17 malam pada 8 November 2023 di Hospital Shah Alam, Selangor akibat kanser hati.

           

Video

Kredit video: Jinbara - Farhana (Puteri Kenyalang) (Lirik Video)

       

Sumber:

1. Jinbara, Tia ikut jalan masing-masing

2. Tia-Suzan terpaksa tidur di luar kerana katil patah?

3. Tia Jinbara hidap barah hati

4. Instagram Tia Jinbara

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)