Kredit foto: Instagram Haziq Macwilson

    

Muhammad Haziq Macwilson yang lebih mesra disapa Haziq Macwilson merupakan adik kepada aktres Zahirah Macwilson dan anak aktor Zainol Macwilson.

Kelibatnya mula mencuri perhatian selepas menghadiri majlis resepsi pasangan pelakon, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Muhammad Haziq Macwilson.
  • Lebih dikenali sebagai Haziq Macwilson.
  • Berumur 22 tahun (2020).
  • Menetap di Perth, Australia.
  • Berdarah kacukan Malaysia-England.
  • Anak kepada pasangan Zainol Macwilson, 61, dan Maslinda Yusof, 46 (bercerai pada 9 November 2015).
  • Anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Adik-beradiknya yang lain ialah Zahirah Macwilson, Laikha MacWilson dan Zahra MacWilson.
  • Berkelulusan dalam bidang perakaunan dan kewangan daripada Universiti Curtin.

    

Fakta Menarik

  • Anak lelaki tunggal dalam keluarga.
  • Berfizikal tinggi lampai.
  • Penggemar sukan bola sepak.
  • Wajahnya dikatakan mirip pelakon Indonesia, Nicholas Saputra dan pengacara Jimmy Shanley.
  • Mula meminati bola sepak seawal usia lima tahun.
  • Pernah menyertai Akademi Kelab Bola Sepak Woodhouse di South Yorkshire, England.
  • Merupakan tunggak utama beberapa kelab bola sepak tempatan yang berpangkalan di Perth seperti Wanneroo FC, Joondalup FC, Kingsley FC dan Stirling Lions FC, sejak beberapa tahun lalu.
  • Menyimpan impian untuk meneruskan karier sukan di Malaysia, termasuk menyarung jersi skuad kebangsaan jika diberi peluang.

    

Foto

haziq macwilson 619

muhammad haziq macwilson 249

adik zahirah macwilson 411

zahirah macwilson 726

adik beradik zahirah macwilson 622

aiman hakim 957

anak zainol macwilson 162

Kredit foto: Instagram Haziq Macwilson

    

Sumber:

1. Adik Zahirah MacWilson minat beraksi di Malaysia

2. “Kacak Macam Nicholas Saputra” - Adik Lelaki Zahirah Macwilson Curi Tumpuan Netizen

3. Wikipedia Zahirah Macwilson

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)