Kredit foto: Instagram Zahirah Macwilson

    

Bapa pelakon Zahirah Macwilson, Zainol Macwilson berkongsi foto anak lelakinya iaitu Muhammad Haziq Macwilson.

Gambar itu dimuat naik menerusi kiriman di laman sosial Instagramnya semalam.

   

adik lelaki zahirah macwilson

Kredit foto: Instagram Zainol Macwilson

   

“Inilah hero saya. Satu-satunya anak lelaki saya. Salah satu permata saya, Muhammad Haziq Macwilson,” tulis Zainol.

Zainol berkata, Haziq yang kini menetap di Perth Australia, amat meminati sukan bola sepak dan sedang mengintai peluang untuk bermain dalam kelab bola sepak tempatan.

“Dia berhasrat untuk bermain bola dengan mana-mana kelab di Malaysia. Sebelum ini dia pernah bermain untuk beberapa kelab tempatan di Perth, Australia. Semoga hasrat beliau menjadi kenyataan. Insya-Allah,” tambahnya.

Dalam pada itu, foto Haziq yang berpakaian suit hitam dengan penampilan rambut panjang itu telah menarik perhatian ramai warganet yang meninggalkan beberapa reaksi menerusi ruangan komen.

Ramai antara mereka yang memuji ketampanan dimilikinya, selain ada yang menyamakan wajahnya dengan pelakon kacak Indonesia, Nicholas Saputra dan pengacara Jimmy Shanley.

"Kacaknya anak bujang encik Zainol. Ada orang komen kata macam pelakon Indonesia Nicholas Saputra.

"Tingginya.. kacak macam ayahnya.

"Oiii nak minta jadi menantu," petikan komen beberapa netizen.

Untuk info, Haziq merupakan antara empat cahaya mata hasil perkongsian hidup Zainol, 61, dan bekas isterinya Maslinda Yusof, 46, yang telah bercerai pada 9 November 2015.

Jom intai beberapa keping foto beliau:-

    

Foto Haziq Macwilson

adik zahirah macwilson 449

haziq macwilson 664

muhammad haziq macwilson

adik beradik zahirah macwilson

anak zainol macwilson

keluarga zahirah macwilson

zainol macwilson

ibu zahirah macwilson

aiman hakim

instagram haziq macwilson

Kredit foto: Instagram Haziq Macwilson & Instagram Zainol Macwilson

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)