Kredit foto: Instagram Adam Sinclair

    

Adam Youssof Mohamed Sinclair atau nama popularnya, Adam Sinclair merupakan seorang pengarah filem dan video muzik Malaysia.

Beliau adalah adik kepada pelakon Ashraf Sinclair dan Aishah Sinclair, serta adik ipar penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari, dan suami kepada penyanyi Yuna Zarai.

   

Biodata

  • Nama sebenarnya, Adam Youssof Mohamed Sinclair.
  • Menggunakan nama komersial, Adam Sinclair.
  • Berumur 36 tahun.
  • Kelahiran London, England pada 11 Ogos 1984.
  • Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai pengarah filem dan video muzik.
  • Anak kepada pasangan Mohamed Anthony John Sinclair (bapa) dan Khadijah Abdul Rahman (ibu).
  • Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Beliau merupakan adik kepada pelakon Asyraf Sinclair dan penyampai radio Aishah Sinclair.
  • Graduan Panico Film School, London pada 2006.
  • Berpengalaman dalam pelbagai projek pembikinan filem termasuk iklan, video korporat, video muzik, TV dan filem.
  • Antara hasil kerjanya termasuk filem pendek, Sanzaru pada 2012 yang diangkat sebagai Filem Pendek Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25 dan video muzik 'Forevermore' dan 'Blank Marquee' nyanyian isterinya, Yuna.
  • Lain-lain video muzik garapannya termasuk Wanita Terbahagia dendangan Bunga Citra Lestari, Pulang (Yuna dan SonaOne) dan Castaway (Yuna dan Tyler, the Creator). Termasuk Pink Youth (Yuna dan Little Simz) bertindak sebagai pereka konsep dan jalan cerita serta (Not) The Love of My Life (Yuna) sebagai penyunting offline.
  • Pencapaian lain termasuk kemenangan Adsfest Advertising Awards di Pattaya, Thailand untuk hasil kerja beliau yang berjudul ‘Caught In The Fire’ dan ‘Cloud of Confusion’ dalam iklan New Straits Times.
  • Selepas perkenalan selama lebih empat tahun dengan penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa, Yuna Zarai (Yuna), mereka memutuskan untuk mendirikan rumah tangga di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada 26 Januari 2018. Pasangan itu terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos 2017.
  • Pada 18 Februari 2020, abangnya, Ashraf Sinclair telah meninggal dunia di Jakarta, Indonesia, kira-kira jam 4.51 pagi akibat serangan jantung.

    

Baca: Biodata Pelakon Ashraf Sinclair

Baca: Biodata Penyanyi Yuna

    

Foto

adam sinclair

ashraf sinclair meninggal 705

ashraf sinclair family 906

adam sinclair yuna

yuna 257

yuna adam

adik ashraf sinclair

suami yuna

wikipedia adam sinclair

adik beradik ashraf sinclair 262

Kredit foto: Instagram Adam Sinclair

   

Video

Kredit video: Adam Sinclair cinta pandang pertama Yuna

   

Sumber:

1. Kenali Adam Sinclair, ‘crush’ Yuna Zarai

2. Wikipedia Adam Sinclair

3. Ashraf Sinclair meninggal dunia

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)