Kredit foto: Instagram @yuna

Biodata

1. Pemilik nama sebenar, Yunalis Mat Zara'ai.

2. Popular dengan nama pentasnya, Yuna atau Yuna Zarai.

3. Lahir di Alor Setar, Kedah pada 14 November 1986.

4. Kini berusia 33 tahun.

5. Bapanya, Dato' Mat Zara'ai bin Alias berkhidmat sebagai penasihat undang-undang semasa Mahkamah Tinggi di Johor Bahru, manakala ibunya, Datin Anum Wahab merupakan guru kimia di sebuah sekolah tinggi.

6. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 Subang Jaya, Selangor, dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dalam jurusan undang-undang yang melayakkannya menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang (Hons).

7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

8. Kini bergelar penyanyi, pemuzik, komposer dan penulis lirik.

9. Memperjuangkan genre muzik Pop dan Rock Indie.

10. Namanya mula meledak selepas penerbitan single 'Dan Sebenarnya'.

11. Beberapa album studio yang pernah dirakamkannya ialah Decorate pada tahun 2010, Terukir Di Bintang (2012), Yuna (2012), Nocturnal (2013), Material (2015), Chapters (2016) dan Rouge (2019).

12. Pernah berhubungan cinta dengan pemuzik dan pengacara, Qi Razali pada sekitar 2009 hingga 2012.

13. Beliau akhirnya mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Adam Sinclair pada 26 Januari 2018 selepas terlebih dahulu bertunang pada 5 Ogos 2017.

       

Fakta Menarik

  • Mula bermain gitar sewaktu menganggotai sebuah kugiran ketika menuntut di Universiti Teknologi MARA.
  • Sebelum popular, beliau pernah bergelar penyanyi latar kepada penyanyi Dayang Nurfaizah selama beberapa bulan.
  • Berkebolehan bermain beberapa instrumen muzik seperti gitar, keyboard dan ukulele. 
  • Mencipta pencapaian membanggakan apabila albumnya, Chapters disenaraikan Billboard sebagai antara 10 album R&B terbaik sepanjang tahun 2016, di samping nama-nama besar seperti Beyonce, Rihanna dan John Legend.

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi yuna 2

biodata dan latar belakang penyanyi yuna 3

biodata dan latar belakang penyanyi yuna 4

biodata dan latar belakang penyanyi yuna 5

biodata dan latar belakang penyanyi yuna 6

biodata dan latar belakang penyanyi yuna 7

Kredit foto: Instagram @yuna

Video

Kredit video: Youtube Yuna

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)