Kredit foto: Instagram Pitt Hanif

   

Pitt Hanif merupakan seorang pengarah dan penulis skrip yang cukup dikenali menerusi karya popularnya, filem One Two Jaga.

Baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan dengan kematian beliau akibat mati lemas selepas bot dinaiki sewaktu memancing, karam akibat merempuh tiang sebuah jambatan.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, Kuala Lumpur pada jam 2 pagi, 28 Oktober 2019.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Mohamed Firdaus bin Mohd Hanif. Dikenali sebagai Pitt Hanif.

2. Kelahiran Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1976.

3. Merupakan zuriat hasil perkongsian hidup seniwati Fauziah Nawi dan Mohd Hanif Gedek.

4. Mendirikan rumah tangga dengan Farah Ahmad dan dikurniakan tiga orang anak yang kini berusia di antara tujuh hingga 16 tahun.

5. Bergiat dalam dunia seni sebagai pengarah dan penulis skrip.

6. Merupakan penulis skrip filem One Two Jaga yang baru sahaja merangkul trofi Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-30, Mac lalu. Selain itu, beliau turut bertindak sebagai pembantu pengarah dalam filem terbabit, termasuk filem Lelaki Harapan Dunia, sebuah karya antarabangsa terbitan 2014.

7. Meninggal dunia di usia 43 tahun pada 27 Oktober 2019.

   

Foto

pitt hanif 900

pitt hanif farah ahmad

pitt fauziah nawi 18

pitt hanif anak fauziah nawi

biodata fauziah nawi 341

anak fauziah nawi 155

pitt hanif meninggal

isteri pitt hanif

Kredit foto: Instagram Pitt Hanif

   

Video

Kredit video: Jenazah Pitt Hanif Selamat Dikebumikan

   

Sumber:

1. Wikipedia Pitt Hanif

2. Jenazah Pitt Hanif Selamat Dikebumikan

3. 'Pitt... Maafkan Mama' - Fauziah Nawi [METROTV]

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)