Kredit foto: Instagram @animezatirizki_aer

      

Anim Ezati Rizki yang baru setahun jagung bertapak dalam bidang penyiaran tanpa bekalan pengalaman, boleh dikatakan telah mencatat perkembangan karier yang mengagumkan apabila sudah diberi peranan mengendalikan tiga program televisyen besar di saluran Media Prima iaitu rancangan Malaysia Hari Ini, 999 dan Pitch Side Football.

Tidak kurang kisah peribadinya yang bergerak seiring terutama isu membabitkan hubungannya dengan bekas kekasih, pemain bola sepak skuad kebangsaan, Safawi Rasid.

Jom ikuti butiran lanjut profil pengacara yang pernah berkhidmat sebagai anak kapal ini.

    

Biodata

1. Nama lengkapnya, Anim Ezati Rizki binti Mohd Khalis.

2. Dikenali sebagai Anim Ezati Rizki.

3. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 28 Mac 1992.

4. Kini berusia 27 tahun.

5. Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengurusan Sumber Manusia daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Melaka.

6. Merupakan pengacara dan personaliti televisyen yang mula aktif sejak tahun 2017.

7. Antara program televisyen kelolaannya seperti rancangan bual bicara pagi Malaysia Hari Ini, siri televisyen realiti jenayah 999 dan Pitch Side Football untuk Liga Malaysia.

     

Fakta Menarik

1. Bekas pemenang Anugerah Bintang Olay 2017.

2. Pernah berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia selama empat tahun.

3. Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Eksekutif Sumber Manusia di sebuah syarikat.

4. Mula mengenakan hijab sejak Disember 2018.

5. Kedua orang tuanya meninggal dunia pada 22 tahun lalu.

6. Pernah menjalin cinta dengan pemain bola sepak, Safawi Rasid sebelum hubungan itu bertukar menjadi sahabat kerana Anim enggan komitmen hubungan mereka mengganggu karier bintang sukan itu yang sedang berkembang.

     

Foto

kekasih safawi rasid

anim ezati rizki bertudung

anim ezati rizki safawi rasid

anim ezati rizki umur

anim ezati rizki 999

Kredit foto: Instagram @animezatirizki_aer

     

Video

Kredit video: Youtube Zayan My

     

Sumber:

1. Wikipedia

2. Harian Metro [1, 2]

3. MHE TV

4. Projek MM

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)