Kredit foto: Instagram Dahlia Shazwan

     

Dahlia Shazwan Mohd Amin atau nama popularnya, Dahlia Shazwan adalah seorang pengacara televisyen wanita Malaysia yang merupakan bintang kelahiran rancangan pencarian bakat dalam bidang penyiaran, On Air musim pertama.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Dahlia Shazwan binti Mohd Amin.
  • Menggunakan nama komersial, Dahlia Shazwan.
  • Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 1 Jun 1988. Berumur 32 tahun.
  • Anak ketiga daripada lima orang adik-beradik.
  • Berkelulusan dalam bidang komunikasi massa daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2012 sebagai seorang personaliti TV, hos dan penerbit program.
  • Namanya melonjak naik selepas dilantik sebagai jurucakap Trivago sejak tahun 2016 serta memegang peranan sebagai hos program infotainment HLive! dan Gala TV yang bersiaran di Astro.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Shafiq Ismet, seorang pegawai pemasaran permotoran pada 23 Julai 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dianugerahkan seorang cahaya mata perempuan bernama Freda pada 22 Februari 2018.

    

Baca: Biodata Azim Yusof, Pelakon Model Lelaki Iklan Trivago

    

Permulaan Karier

Bakatnya dikesan daripada rancangan realiti On Air musim pertama yang mana beliau merupakan antara 20 peserta yang terpilih dalam program yang bersiaran pada 23 Mei 2012 itu.

On Air musim berkenaan turut melahirkan pengacara Hafizul Kamal, Syakirin Husnal, Hefny Sahad dan CK Faizal.

Dahlia bagaimanapun terpaksa akur apabila hanya bertahan setakat peringkat separuh akhir. Ia bagaimanapun membuka peluang kepadanya untuk memulakan karier dalam bidang penyiaran.

Beliau mendapat tawaran daripada personaliti televisyen berpengalaman, Suhaimi Sulaiman, yang ketika itu memegang jawatan sebagai Ketua Pengarang Rangkaian Berita di Astro Awani dan selepas menjalani latihan, beliau memulakan tugas sebagai wartawan penyiaran sebelum diberi peranan untuk bersama produksi program berita hiburan, Gala TV.

Beliau merupakan salah seorang daripada 11 pengacara dan wartawan pelapis Astro yang diletakkan di bawah tunjuk ajar Datuk Aznil Nawawi. 

     

Fakta Menarik

  • Berfizikal tinggi lampai.
  • Mempunyai pertalian hubungan yang akrab dengan ibunya, Noorul Faridah Ismail hingga beliau menggelarkan dirinya sebagai 'anak emak'.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @dahliashazwan sehingga kini diikuti lebih 319,000 peminat.

    

Foto

dahlia shazwan

wikipedia dahlia shazwan

anak dahlia shazwan

instagram dahlia shazwan

model trivago

dahlia trivago

freda shafiq ismet

shafiq ismet

suami dahlia shazwan

dahlia shazwan family

pelakon iklan trivago

Kredit foto: Instagram Dahlia Shazwan

    

Video

Kredit video: Resepsi Dahlia HLive & Shafiq

    

Sumber:

1. Persaingan Hebat 20 Peserta 'On Air' Bermula 23 Mei Depan

2. Suami cinta pertama, utama

3. “Comelnya Baby Trivago!” - Dahlia Shazwan Dedah Wajah & Perkenalkan Nama Anak Sulung

4. Wikipedia Dahlia Shazwan

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)