Kredit foto: Instagram Hana Ismail

Siapa Hana Ismail? Nurulhana Ismail merupakan seorang pengacara, personaliti televisyen dan produser wanita Malaysia.

Beliau merupakan bakat yang lahir daripada pertandingan pencarian pelapis baharu dalam bidang penyiaran, On Air di Astro Ria.

Biodata

Nama sebenar: Nurulhana Ismail

Nama pentas: Hana Ismail

Umur: 36 tahun (2022)

Asal: Johor Bahru, Johor

Pendidikan: Bachelor Degree dalam TESL (Teaching of English as Second Language), Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Kerjaya: Personaliti TV, Hos, Produser

Instagram (IG): @hanaalmauzah

Latar Belakang

1. Berkelulusan dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TSEL) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Hana memulakan kerjayanya dalam bidang pengacaraan sebagai finalis program On Air kendalian Astro pada tahun 2012.

2. Beliau bakat seangkatan dengan hos Dahlia Shazwan dan Hefny Saad ketika sama-sama menyertai rancangan realiti televisyen itu.

3. Menyedari potensi yang ada padanya dalam bidang penyiaran, beliau kemudiannya disunting oleh pihak Astro pada tahun 2012.

4. Namanya semakin popular sejak penampilan sebagai wajah yang menghiasi beberapa program di bawah Astro seperti Buletin Awani, Raikan Cinta dan PM Live! sebelum disunting oleh saluran TV AlHijrah.

5. Di TV AlHijrah, beliau diambil bertugas sebagai pengacara rancangan berunsurkan Islamik dan ilmiah seperti Assalamualaikum TV Alhijrah dan Kemanisan Iman Bersama Al Quran.

6. Berkahwin dengan pendakwah selebriti, Da'i Syed dalam satu acara nikah yang diadakan di kediamannya pada 3 Disember 2022. Sebelum disatukan sebagai suami isteri, pasangan ini terlebih dahulu bertunang pada 23 Oktober 2022.

Fakta Menarik

1. Juga dikenali dengan nama Hana Al-Mauzah.

2. Dilahirkan dan dibesarkan di Johor Bharu.

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pendakwah Dai Syed (Syed Iqmal)

Gambar

hana ismail

dai syed hana

hana ismail ig

hana ismail kahwin

hana ismail dai syed

hana ismail janda

pengacara hana ismail 865

hana ismail umur

dai syed 42

Kredit foto: Instagram Hana Ismail

Video

Kredit video: [Live] Siaran Langsung Majlis Akad Nikah Dai Syed Iqmal & Hana Ismail | 3 DEC 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)