Kredit foto: Instagram Ameera Zaini

   

Siapa Ameera Zaini? Nor Ameera Zaini atau nama popularnya, Ameera Zaini merupakan seorang usahawan, selebriti media sosial dan personaliti televisyen Malaysia.

Beliau yang mula dikenali menerusi program Hijab Stailista ini merupakan pengasas kepada jenama hijab terkenal, Ameera Zaini (AZ).

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Nor Ameera Zaini.
  • Berumur 31 tahun (2020).
  • Lahir pada 5 Februari 1989.
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Farmasi dari Management and Science University (MSU), Shah Alam.
  • Bergiat dalam bidang seni sebagai seorang selebriti media sosial, pengacara TV dan model sambilan.
  • Antara program televisyen diacarakannya termasuk Safiyya, Hijab Stailista dan CJ WOW Shop.
  • Bergelar isteri kepada usahawan, Hasnor Rozaini Hassan pada 18 September 2015 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Mateen yang dilahirkan pada 17 Januari 2017 serta seorang lagi anak bongsu pada 8 Mei 2020.
  • Merupakan pengasas Fesyen Muslimah Ameera Zaini (AZ) yang ditubuhkan pada tahun 2013. Beliau memainkan peranan di bahagian rekaan dan production, manakala suaminya, Hasnor Rozaini mengendalikan bahagian pemasaran.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @ameerazaini sehingga kini mencatatkan lebih 470,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Mempunyai empat orang adik-beradik.
  • Adiknya, Ameelyna bekerja dalam bidang perundangan.
  • Pernah dikenali sebagai 'budak lembik' di sekolah gara-gara kurang aktif, namun personalitinya kini telah mengejutkan rata-rata bekas rakan sekolahnya.
  • Menerui program Safiyya yang dikemudikan, beliau melakukan pelbagai aktiviti ekstrem seperti menunggang ATV, berkayak, memanjat dinding, mencuci kandang kuda serta bermain dengan burung.
  • Menerusi perkongsian sekeping foto di Instagram, rata-rata netizen beranggapan wajah suaminya saling tak tumpah bak aktor Shukri Yahaya.
  • Menceburi dunia pengacaraan dengan niat untuk menyuntik imej positif terhadap golongan wanita bertudung, sekaligus mengetepikan soal populariti.

   

Foto

ameera zaini

anak ameera zaini

keluarga ameera zaini

adik beradik ameera zaini

suami ameera zaini

ameera zaini dulu

hasnor rozaini

wikipedia ameera zaini

instagram ameera zaini

tudung ameera zaini

Kredit foto: Instagram Ameera Zaini

   

Video

Kredit video: Youtube Ameera Zaini

    

Sumber:

1. Pakej lengkap

2. "It's A Boy .." - Ameera Zaini Selamat Bersalin Anak Kedua

3. "Sekali Tengok Ingat Shukri Yahaya Tapi Pelik .."- Netizen Keliru Apabila Lihat Foto Suami Ameera Zaini

4. Demi Anak, AMEERA ZAINI Usung Mateen Ke Mana Saja! Inilah Cabaran Terbesar IBU BERKERJAYA

5. Sebak Baca Luahan AMEERA ZAINI Tentang Ibu Tersayang, Sebab Tu Ibu Adalah SUPERWOMAN!

6. Berat Badan Pernah Naik Kerana Desserts, Ini Cara Ameera Zaini Kawal Nafsu Makan

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)