biodata dan latar belakang pengacara ally iskandar 1

Kredit foto: Instagram @allyiskandarrasmi

       

Biodata

1. Nama penuhnya, Ally Iskandar bin Mohd Mardzi.

2. Dikenali sebagai Ally Iskandar.

3. Kelahiran Petaling Jaya, Selangor pada 13 Januari 1976.

4. Ibu bapanya berasal dari Kuala Terengganu.

5. Anak kedua daripada tujuh orang adik-beradik.

6. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem daripada University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.

7. Pengacara, personaliti televisyen dan penerbit yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1997.

8. Antara program televisyen yang pernah dikendalikannya seperti rancangan bual bicara pagi Malaysia Hari Ini, pertandingan lagu berprestij Anugerah Juara Lagu, Konsert Jom Heboh, rancangannya sendiri yang diberi judul ALLY, program sensasi tiga episod Tiada Rahsia Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, siri dokumentari Majalah Tiga Edisi perkahwinan Aidid Marcello dan Norzie Pa’ Wan Chik, program realiti Mentor dan banyak lagi.

9. Mendirikan rumah tangga dengan Nurfarahin binti Romli atau nama popularnya, Farah Lee yang juga seorang blogger pada 20 Januari 2012, sebelum akhirnya memilih untuk bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Maream Esabel yang kini berumur lima tahun.

10. Perkahwinan kali keduanya selepas hampir tiga tahun menduda dengan seorang wanita kelahiran Temerloh, Pahang yang dikenali sebagai Marlina Ibrahim pada 22 Jun 2019.

       

Foto

biodata dan latar belakang pengacara ally iskandar 2

biodata dan latar belakang pengacara ally iskandar 3

biodata dan latar belakang pengacara ally iskandar 4

biodata dan latar belakang pengacara ally iskandar 5

biodata dan latar belakang pengacara ally iskandar 6

Kredit foto: Instagram @allyiskandarrasmi

      

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. BH Online



Hakcipta iluminasi.com (2017)